Hari
pertama berada di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Kedah begitu
mengembirakan Chinta. Dapat bertemu dengan rakan-rakannya setelah hampir dua
bulan bercuti. Kini Chinta sudah berada
di semester ketiga tahun akhir di dalam kursus yang diambilnya. Kursus
Kejuruteraan Awam. Sedang leka dia menyusun baju ke dalam almarinya, tiba-tiba
telefon bimbitnya berdering membawa mesej. Tanpa berlengah dia membacanya.
Assalamualaikum
Chinta.
Aku
mengerti kini Chinta, tiada rasa cinta di hatimu yang dapat aku selitkan
sedikit rasa bahagia. Untuk apa aku mengharapkan kasih, sayang dan cintamu?
Untuk apa aku cuba untuk merebut kasihmu? Untuk apa Chinta? Sedangkan di hatimu
sedikit pun tiada rasa seperti mana yang aku rasa. Baik aku pergi, dari terus
menagih cintamu. Cuma mengertilah Chinta yang aku masih lagi menaruh harapan
agar suatu hari nanti, dirimu tetap akan menjadi milikku. Mungkin akan tiba
saat itu walaupun bertahun. Aku tetap menanti.~Nazrul
Sebaik
sahaja membaca mesej yang dikirimkan olah Nazrul. Entah kenapa hati Chinta menjadi gelisah dan resah. `Apakah yang Chinta harus katakan lagi
Naz?’ dengan segera dibalasnya mesej itu.
Waalaikummussalam
Naz.
Malam yang masih panjang membuat hatiku tiba-tiba
menjadi rindu pada kenangan lalu. Mengapa kau masih menyintai aku Naz?
Sedangkan telah ku perjelaskan segalanya. Bukan aku tidak mahu memiliki cintamu
Naz, tetapi aku tidak mahu mengecewakan hati orang lain yang begitu
menyintaimu. Demi persahabatan, biarlah aku mengundurkan diri. Itulah yang aku janjikan
kepadanya. Mengapa kau tidak mahu mengerti Naz?~Chinta.
Selepas
membalas mesej dengan segera dia mematikan talian telefon bimbitnya. Masih
jelas terbayang di depan matanya, bagaimana Asmidar dengan muka masamnya datang
berjumpa dengannya pada suatu malam. Masih ingat, bagaimana menangisnya Asmidar
merayu agar dilepaskan Nazrul kepadanya. Pengorbanan apakah ini? Dia sendiri
tersepit antara dua hati. Seorang kawan dan seorang lagi, insan yang mulai
bertahta di hatinya. Malam makin larut dalam kegelapan… mata kian tertutup
dengan seribu sesalan.
Jam
loceng berbunyi seperti biasa. Chinta masih lagi dipembaringan, rasa malas
menyelubungi dirinya. Sedang dia berangan-angan, tiba-tiba terdengar suara
manis di hujung kepalanya.
“Hai Kak Chinta, tak ada kelas ke pagi ni… kau nak kena
lagi ke dengan Encik kesayangan kau tu…” kedengaran suara Nani mengejutkan
Chinta yang masih lagi dibuai mimpi. Tanpa sepatah kata, Chinta terus bangun
dan mengambil kain tuala dan bakul kecil terus menuju ke bilk mandi. Masih sempat
matanya menjeling jam di dinding bilik mereka. `Arrr… dah 7.30 pagi. Alamak!
Melepas lagi la aku nak sarapan macam ni.’ Merungut Chinta sendiri.
Dalam tergesa-gesa Chinta mengatur langkah, satu persatu
anak tangga Chinta turuti. Sehinggalah anak tangga yang terahkir. Berada di
depannya kini, Nazrul. Chinta cuba menepis tangan yang sedang menghadang
perjalanannya. Dengan pantas tangan diraih oleh Nazrul. Chinta cuba menariknya,
tapi semakin sakit pula yang dirasainya.
“Chinta, dengar dulu apa yang Naz nak cakapkan…” sambil
menarik tangan Chinta supaya dekat padanya.
“Apa lagi Naz, semua sudah Chinta katakan. Chinta dah
putuskan yang kita tiada apa-apa hubungan” sambil memandang tepat ke arah
Nazrul.
“Okay! Baik, Naz boleh terima semua itu. Cuma Naz berhak
untuk tahu apa sebabnya, dan kenapa dari semester satu hingga sekarang Chinta
begitu baik dengan Naz. Malah kemana sahaja Naz pergi, pasti ada Chinta
menemani. Tak pernah Chinta menolak tetapi kenapa baru sekarang…” belum sempat
Naz menghabiskan katanya, kedengaran suara memanggil namanya.
“Oiii Naz, cepat lepaskan tangan Chinta, As sedang menuju
ke sini. Cepat Naz!” Jerit manja Azrul.
Sambil menunjukkan jari telunjuknya sebagai isyarat tanda
amaran Nazrul bersuara “Naz perlukan penjelasan. Petang ini, di tempat biasa.
Perlu!” segera lengan Chinta di lepaskan, sebaik sahaja di lepaskan tanpa
menoleh belakang terus Chinta meninggalkan tempat itu. Sempat lagi telinga
Chinta mendengar suara Asmidar, kawannya. Sebaik melangkah kaki melewati pintu
kelasnya terdengar Chinta suara Encik Shahrin menegurnya.
“Okay Chinta. Apa alasan awak pagi ni? Sakit perut lagi
ke?” pertanyaan Encik Shahrin mencetuskan hilai tawa di kalangan pelajar lain.
“Tak mengapalah Chinta, malas dah saya nak denda awak lagi. Ini dah semester
ketiga. Harap awak serius sedikitnya, Chinta. Ingat! Ini tahun akhir awak?”
`Aku tahu Encik Shahrin’ bisik Chinta dalam hatinya. Sedang leka melukis pelan susun atur tingkat satu sebuah rumah yang di sebut dalam bahasa Englishnya `Layout Plan’, Chinta di datangi dua sahabat baiknya. Su dan Zita.
`Aku tahu Encik Shahrin’ bisik Chinta dalam hatinya. Sedang leka melukis pelan susun atur tingkat satu sebuah rumah yang di sebut dalam bahasa Englishnya `Layout Plan’, Chinta di datangi dua sahabat baiknya. Su dan Zita.
“Oii minah, tadi kau jumpa Nazrul kan? Berapa kali nak
cakap, jangan layan mamat tu. Kau ni degillah Chinta!” Su yang ada di sebelah
kirinya bersuara. Zita yang ada di sebelah kanannya pula hanya mampu menganggukkan
kepala.
“Oii Su, cakap jangan ikut sedap mulut je ye. Bukan aku yang
jumpa dia, dia yang datang sekat perjalanan aku pagi tadi kat tangga hujung
sana. Eh! Su, kalau aku nak dia, dah lama aku tarik dia duduk sebelah aku. Tak
kan aku biar dia duduk di sebelah As tu?” tukas Chinta kembali.
Sedih perasaan Chinta dengan sikap dan kata-kata
sahabatnya itu. Sudah berapa kali Chinta membuat pengakuan antara dia dan
Nazrul hanyalah teman sekuliah. Tak lebih dari itu, tapi tak tahulah kalau lain
pula yang di sampaikan oleh Nazrul. Kata putus sudah Chinta bulatkan, sesuatu
mesti dilakukan demi persahabatan mereka. Dia tidak mahu disebabkan dirinya,
mereka bermasam muka. Cukuplah, dia pun sudah malas hendak membuat pengakuan.
Andai benar Nazrul cintakan dia, biar masa yang menentukan. Tetapi untuk
merebut-rebut ini bukan kerja dia. Kerja gila namanya.
Jam loceng berbunyi lagi tanda kelas akan tamat sebentar
lagi. Dia ingin segera pulang ke asramanya. Ingin bertemu sahabat baiknya Nani.
Kepada Nani nanti, akan diterangkan segalanya. Keputusan harus dibuat.
Sampai sahaja Chinta di asramanya, dia segera bertemu
Nani. Nani yang sedang terbaring di atas katil terkejut dengan kehadiran
sahabatnya itu. Dengan muka yang berkerut di dahi sambil bangun dari
pembaringan, Nani mula bersuara “Kenapa dengan kau ni Chinta, macam cacing
kepanasan je?”
“Jom, temankan aku kejap. Penting ni… dengan kau aje, aku
rasa benda ni cepat dapat di selesaikan.” Terang Chinta pada Nani dan dalam
masa yang sama menarik tangan Nani untuk mengikutnya.
“Oiii… oiii… oiii… nanti jap. Tunggu dulu, aku pakai
tudungla makcik. Sabar sikit. Nak jumpa siapa ni…?”
“Nazrul! Aku nak
kau terangkan kat dia bagi pihak aku. Tolonglah Nani, aku dah malas nak fikir
benda ni. Makin lama, makin macam-macam yang mereka kata pada aku. Gossip ni
buat aku sakit hati. Kau pun tahukan?” Terang Chinta sambil memandang Nani yang
sedang menyarungkan tudung ke kepalanya.
“Betul kau nak aku terangkan kepada Nazrul?”
Tanpa
sebarang kata, Chinta hanya mengiyakan sahaja. Dia menyerahkan bulat-bulat
kepada Nani. Dalam pada masa yang sama, kedengaran bunyi suara sang cicak
seperti mengiyakan. “Aaaa… kau tengok, cicak pun setuju… bila aku suruh kau?”
sambil memberikan senyuman pada sahabat baiknya itu.
“Okay, kalau macam tu… kau tak perlu ikut. Biar aku aje
yang pergi. Kau duduk diam-diam kat sini.” Jawab Nani.
Dengan segera Nani keluar dari bilik tanpa menunggu jawapan dari Chinta. Sebelum pergi sempat lagi Nani bermain mata dengannya.
Dengan segera Nani keluar dari bilik tanpa menunggu jawapan dari Chinta. Sebelum pergi sempat lagi Nani bermain mata dengannya.
Sementara menunggu Nani, Chinta membelek-belek buku kerja
Nani. Resah gelisah dirinya. Sekejap duduk, sekejap bangun. Dipandangnya jam
dinding di penjuru bilik Nani. `His… dah hampir 6.00 petang ni’ bisik Nani
sendirian. Sejenak pintu di buka dari luar, tersembul kepala Nani… ada garis
senyum dibibirnya. Sambil tersenyum dia membuka tudungnya, lalu mengambil air
mineral yang memang tersedia ada di atas rak almarinya. Chinta membiarkan apa
saja kelakuan sahabatnya itu sambil berdebar menantikan penjelasan.
Seraya
menatap wajah sahabat baiknya itu, Nani kemudiannya bersuara. “Chinta, semua
sudah selesai. Jangan tanya apa yang aku beritahu pada Nazrul. Dia dah dapat
menerimanya.” “Tapi…” belum sempat Chinta bersuara, Nani memotongnya. “kan aku
dah kata, jangan tanya… kau faham?”
“Okay…
terima kasih Nani, kaulah sahabatku.” Sambil berpelukkan Chinta meminta diri
untuk pulang ke biliknya. Ketika ingin menutup pintu bilik Nani, sempat lagi
Chinta bergurau sambil berkata “ terima kasih daun keladi ye… lain kali boleh
tolong lagi…” Nani hanya mampu memberi senyuman manis buat sahabatnya itu
Belum
pun sempat Chinta sampai ke biliknya, kedengaran bunyi nada mesej melalui
telefon bimbitnya. Segera dia memerhatikan siapakah gerangan yang
menghantarnya.
Assalamualaikum Chinta.
Biar
resah di dada,biar gelora mencengkam di jiwa. Chinta tetap akan Naz ingati.
Agar cinta awak terus melekap di hati.
Selamat
malam Chinta. Hanya awak cinta hati saya.~Nazrul
***********
Beberapa
tahun kemudian. Di sebuah Pusat Membeli Belah Selayang Mall, Selayang. Nazrul, sedang
memilih pakaian untuk anak kecilnya, terpandang pada seraut wajah yang amat
dikenalinya. Chinta., di gosok-gosok matanya… `Arrrhhh, benarkah dia.’ Tanpa
membuang masa Nazrul segera mengejar wanita itu. Sambil bernekad di dalam hati
nama itu akan ku panggil.
“Chinta…
Chinta… Chintaaaa!” sekuat daya Nazrul menjeritnya, sehingga menjadi tumpuan
mata yang memandang. Chinta yang baru tersedar seperti ada suara yang memanggil
namanya segera berpaling ke belakang. Alangkah terperanjatnya Chinta pabila
melihat lelaki yang amat dikenali berada di hadapannya.
“Naz…
Nazrulkan. LKA 26. Jejaka macho dan poyo.” Sahaja Chinta berkata begitu
mengingatkan kembali zaman mereka di IKMSP dulu. Dengan termengah-mengah sambil
mengurut dadanya Nazrul bersuara.
“Jadi,
dah kenalkan siapa saya. Saya tahu awak mana boleh lupakan saya. Walaupun sudah
hampir tiga tahun awak tinggalkan saya. Betul tak?”
Chinta
tidak mampu berkata. Lidahnya kelu tanpa suara, melilau mata Chinta memerhati
sekeliling. Apa yang di cari oleh Chinta
membuatkan Nazrul terpinga-pinga.
“Chinta
cari siapa? Macam ni lah, Naz tak boleh lama… boleh Naz minta nombor talefon.
Nanti… senang boleh Naz telefon?” sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan
menghulurkan kepada Chinta agar menyimpan nombornya terus ke dalam talefon
Nazrul. Tanpa melengahkan masa Chinta mengisi nombor telefon bimbitnya dan
segera menyerahkan semula kepadanya.
“
Mana Asmidar…?”
“Awak
tak akan dapat berjumpa dengan dia, Chinta. Tak akan jumpa? Okaylah… saya dah
lambat ni, nanti saya telefon awak ye. Malam ni… boleh?”
Jawapan
yang diberikan oleh Nazrul tadi sedikit mengejutkannya dan sekali lagi dia
terkejut di saat Nazrul menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
“Maaf…
mana mungkin kita bersalaman. Kita bukan muhrim?” di saat itu, Chinta cuma
membongkok kan sedikit dirinya tanda hormat kepada Nazrul.
`Sabarlah engkau wahai hati, jika ia milikku… pasti akan tetap menjadi milikku’ bisik hati kecil Nazrul.
`Sabarlah engkau wahai hati, jika ia milikku… pasti akan tetap menjadi milikku’ bisik hati kecil Nazrul.
Sekembalinya
Chinta di rumah dengan segera dia mencapai telefon dan menghubungi sahabatnya, Nani. Ingin segera dia bercerita dengan Nani dengan siapa dia bertemu tadi. Taliannya tidak dijawab. Sesekali Chinta mengalihkan pandangannya ke arah
jam dinding di ruang tamu rumahnya. `Ermmm… masih awal lagi, tak kan dah masuk
tidur…’ Tiba-tiba nada mesej pula yang berbunyi di hujung talian telefon
bimbitnya. Segera Chinta membacanya.
`Seraut
wajahmu yang manis berseri, kembali bertaut kasih yang pergi. Janji tetap
janji, biar berperang mati, kau tetapku miliki. Andai kasih tetap di hati, kau
kan ku miliki.’ ~ Nazrul
Terbuntang
biji mata Chinta tatkala membaca mesej yang dikirimkan oleh Nazrul. `Eh! Siapa
pulak yang berjanji-janji bagai ni…’ pelik Chinta seketika. `His… kalau tahu
dek Asmidar ni, mahu teruk diserangnya.’ Dia tahu dan dapat merasakan kini yang
Nani mungkin tahu semuanya. Nani…
Chinta
kembali ke kamarnya, cuba melelapkan mata namun tidak mahu terpejam.
Fikirannya masih melayang, terkenang kisah di siang hari saat dia bertemu
Nazrul. Apakah makna pertemuan ini? Mana
Asmidar? Apakah Asmidar sudah tiada lagi? Benarkah dia mengidap penyakit barah
otak yang dia sendiri pernah ceritakan kepada Chinta saat dia meminta
melepaskan Nazrul kepadanya.
Di
Kampung Nelayan, Perlis. Nazrul memberhentikan keretanya di kawasan Tanah
Perkuburan Islam, sambil mengendong anak kecil yang masih belum mengerti
apa-apa. Mencari pusara isterinya Asmidar. Tiba di pusara, sambil mencangkung
dan dengan sebelah lagi tangannya membersihkan rumput-rumput yang naik tumbuh
di atas tanah. Sambil memandang wajah anaknya, Nazrul menadah tangan lalu
berdoa, agar kehidupan isterinya di sana di tempatkan di sisi orang-orang yang
beriman.
`As,
abang sudah jumpa orang yang sangat As ingin jumpa. Dan izinkan abang membawa
anak kita untuk berjumpa dengannya. Biar semuanya terungkai, andai masih ada
lagi sayangnya pada abang, abang akan terima jika tidak pun abang akan terima.
Selamat tinggal sayang.’
Melangkah
kaki meninggalkan kawasan itu, segera Nazrul menalefon Chinta. Pada Chinta
dikhabarkan pertemuan itu. Persetujuan telah dibuat tanpa melengahkan masa
Nazrul memulakan pemanduannya. Anak kecil yang baik, mengerti kasih ayahnya
terlena di kerusi kanak-kanak di bahagian depan bersebelahan dengan ayahnya.
Perjalanan
yang mengambil masa selama lima jam memang memenatkan Nazrul. Tambahan pula
dengan melayan anak kecilnya, namun sedikit pun tidak Nazrul mengeluh. `Sabar
ye sayang… esok kita jumpa mama baru ye. Doakan papa, ye sayang?’ bisik Nazrul
ke telinga anaknya itu. Esok penentu segalanya. Sambil memejamkan mata nazrul
bermohon agar impiannya menjadi kenyataan.
*********
Di
Restoran D Chief Tomyam Seafood, menanti Chinta dengan penuh debar. Siapa yang
ingin Nazrul perkenalkan kepadanya. `Tak kan Asmidar’ detik hatinya. Dilihat
jam di dinding restoran itu, sudah hampir dua petang. `Mungkin jalan sesak ni…’
teka Chinta sendirian.
Sedang
leka membelek novel yang baru di belinya tadi, melilau matanya memerhatikan
kelibat Nazrul. Terpandang pada sesusuk tubuh seperti sedang mengedong anak
kecil. Segera Chinta mendapatkannya, lalu diambilnya anak kecil itu dari
kendongan Nazrul. Dibiarkan Nazrul membetulkan duduknya. Terdiam seketika tanpa
sebarang kata.
“Naz,
mana orang yang nak awak kenalkan pada saya… dan sekali lagi mana Asmidar?”
tanya Chinta meminta kepastian.
“Maafkan
Naz… Chinta. Asmidar sudah meninggal dunia. Sudah lebih setahun dia pergi
meninggalkan kami. Penyakit barah otaknya yang merebak ke peringkat yang
keempat tidak dapat di selamatkan lagi.” Terang Nazrul.
Terkaku
Chinta menerima perkhabaran itu. Sambil memandang anak kecil yang berada di
dalam pangkuannya. Chinta bersuara.
“Naz,
siapa nama anak awak ni… comel”
“Chinta
Ardila. Nama yang Asmidar sendiri pilih. Katanya sebagai lambang pengorbanan
seorang kawan kepadanya. Untuk pengetahuan awak juga… saat akhir hayatnya hanya
nama awak yang disebut. Dia memohon maaf Chinta. Dalam pada masa yang sama
Nazrul tanpa membuang masa terus meluahkan isi hatinya yang di simpan sekian
lama. Sambil meraih jari jemari Chinta… Nazrul mengeluarkan kata isi hatinya.
“Chinta…
demi anak kecil ini sudikah awak menjadi suri hidup saya. Saya tidak akan
lepaskan peluang ini… saya tahu awak masih sendirian. Saya tahu semua tentang
awak Chinta. Cuma saya tidak yakin dengan diri saya sendiri. Saya bimbang cinta
saya ditolak seperti dulu. Namun Nani… sahabat awak yang telah membangkitkan
semangat saya semula.” panjang lebar Nazrul menerangkan segalanya.
“Chinta…
kalau diam tandanya setuju. Apa awak setuju dengan lamaran saya?” sekali lagi
Nazrul bersuara. Dipandangnya wajah Chinta tanpa kelip.
Tiada
kata yang dapat Chinta tuturkan saat itu. Hanya sepasang matanya memandang anak
kecil itu tanpa kerdipan. Sesekali kedengaran rengekkan anak kecil itu namun
Chinta tetap berdiam diri. Lama kemudian.
“Naz,
saya masih ada keluarga di kampung. Dipersilakan awak ke sana… dan saya akan
menunggu awak di sana bersama anak kecil ini.” Balas Chinta sambil di
perhatikan oleh Nazrul. Sesekali diacahnya anak kecil yang berada di atas
ribaan Chinta. Tahu dia kini, bahagia sedang menghampirinya.
“Eh…
kenapa tak order makanan lagi ni…? Tak nak makan ke?” tegur Nazrul.
“Ohhh…
tak apa awak nak makan, order la… saya tolong jagakan `sayang’ ni dulu.” Balas
Chinta sambil memanggil budak pelayan di restoran itu.
Leka
Chinta bermain dengan `sayang’nya itu. Tidak perasaan oleh Chinta ada mata yang
leka memerhati tingkah lakunya tika itu. Bagi Nazrul pula, rasa bertuah bukan
kepalang kerana dia bakal bersama dengan insan yang paling dia sayangi dan yang
penting kini kehidupan anak kesayangannya juga akan terbela.
*************
Seperti yang dijanjikan oleh Nazrul kepada Chinta.
Kedatangan Nazrul di sambut baik oleh ahli keluarga Chinta. Bersama keluarga
Nazrul, kata sepakat telah diambil. Tiada majlis pertunangan, namun diteruskan
dengan majlis pernikahan dan persandingan. Pada Nani dikhabarkan berita gembira
itu.
Hari yang di nanti penuh debar oleh
Chinta. Akhirnya impian Chinta tercapai kini. Hanya beberapa saat sahaja lagi
Nazrul akan menjadi miliknya. Chinta Ardila, masih bersama dengan Chinta.
Sedang enak di buai mimpi anak kecil ini. Mulus wajahnya persis ibunya.
Asmidar, kau tetap sahabat aku.
Terdengar suara Nani sahabatnya
mengatakan majlis akad nikah akan bermula sebentar lagi. Chinta di dalam kamar
hanya mampu tersenyum sambil berdebar menunggu.
Tatkala mendengar suara tok kadi
`Nazrul… aku nikahkan akan dikau Nazrul bin Ahmad dengan Chinta Karmila binti
Sulaiman sebanyak Tiga Ratus Ringgit Malaysia… tunai’
`Aku terima nikahnya Chinta Karmila
binti Sulaiman sebanyak Tiga Ratus Ringgit Malaysia… tunai’
“Sah…”
“Sah…” kedua dua saksi mengiyakan.
Lalu doa pun dibaca oleh tok kadi buat pengantin.
`Baarokallaahu
laka wa baaroka alaika wa jama’a bainakumaa fii khoirin.’
`Mudah-mudahan
Allah memberkati engkau dalam segala hal (yang baik) dan merpersatukan kamu
berdua dalam kebaikan.’
Seluruh ahli keluarga mengaminkan
doa yang dibaca oleh tok kadi sebentar tadi. Ahkirnya impian mereka menjadi
nyata. Betapa bahagianya Chinta saat Nazrul menyarungkan cincin di jari
manisnya serta kucupan pertama kali dari seorang lelaki bernama suami di
dahinya.
Di luar jendela, Chinta perhatikan
ramai tetamu yang menghadirkan diri di majlisnya. Hati Chinta berdebar tatkala
terdengar bunyi gelas jatuh di sudut almari soleknya. `Kenapa ni… tiba-tiba
bagai ada yang tak kena aje’ berkata Chinta pada dirinya sendiri. Dipandang jam
dinding biliknya… hampir jam 1.30 tengahari. `Mana mereka ni… kata sampainya
sebelum zohor, ni dah lebih waktu ni…’
Segera Chinta mendail nombor talefon
bimbit Nazrul, tapi tiada jawapan. Gelisah tiba-tiba menghantui dirinya. Apakah
mimpi semalam menjadi realiti. `Ya Allah, kau jauhkanlah malapetaka kepadanya
juga kepada keluarganya. Amin.’
Kedengaran ketukan bertalu-talu di
luar pintu kamar Chinta. Segera Chinta membukanya, kelihatan ayahnya mengesat
airmata.
“Chinta, cepat kita ke Hospital
Selayang… ayah baru dapat berita… Nazrul dan keluarganya terlibat dalam
kemalangan jalanraya ketika hendak ke sini.” Kata ayahnya dalam nada cemas.
Chinta terus rebah tak sedarkan diri. Suasana menjadi kelam kabut seketika.
Saat itu juga Chinta Ardila menangis tanpa henti. Chinta yang tersedar dari
pengsan terus bangun mendapatkan anak kecil itu. Dipeluknya Chinta Ardila.
Setibanya mereka di pengkarangan
Unit Kecemasan. Dengan bantuan polis yang berada di situ. Meraka dapat berjumpa
dengan doktor yang merawat mangsa kemalangan dan khabar yang paling duka dalam
hari bersejarahnya Chinta. Nazrul serta keluarganya maut dalam kemalangan
tersebut. Kereta yang dipandu oleh adik Nazrul terbabas semasa ingin memotong
lori di hadapannya. Kejadian masih lagi disiasat.
Terduduk diam di penjuru kamar di
tepi katil, Chinta menatap wajah mulus anak kecil itu. Hanya itu yang sempat
Nazrul tinggalkan buatnya sebagai kenangan. Selebihnya hanya ingatan selama
mereka bersama. Chinta merenungi kamar pengantinnya yang sepi, sesekali
airmatanya mengalir sambil menatap kiriman mesej yang Chinta terima kali
terahkir sebelum berlakunya kemalangan itu.
`Terima kasih Chinta, kerana sudi
menerima abang dan anak abang. Chinta, berjanjilah dengan abang… andai abang
sudah tiada, jagalah Chinta Ardila demi abang. Besarkan ia menjadi anak yang
soleh dan bijak sana. Abang sayang kamu berdua.’
Assalamualaikum Chinta ~ Nazrul
Menitis lagi airmata ini.
Diangkatnya Chinta Ardila, didakap dengan penuh kasih sayang. `Mama akan cuba
besarkan sayang seperti mana yang papa mahukan. Papa akan sentiasa bersama
kita.’ Berbisik Chinta ke telinga anaknya Chinta Ardila.
Berkorban
apa saja,
Harta
atau pun nyawa,
Itulah
kasih mesra,
Sehati dan sejiwa.
Pergorbanan : Pengorbanan
BalasPadam