Tanggal 16/5/2014 adalah hari yang bersejarah buat saya dan teman-teman saya. Siapa lagi kalau bukan Nurhidah Halun dan
Intan Hj. Daud. Bermula dengan
perkenalan di dalam laman mukabuku. Kemudian
terbawa hingga ke dalam Blog Penulisan yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita
Mansur, ahkirnya kami menjadi akrab.
Keakraban yang bercambah itu
menjadikan kami semakin lama semakin serasi hinggalah suatu hari Nurhidah Halun atau
lebih dikenali dengan panggilan `Adik' mencadangkan di dalam kelas penulisan
mengenai ideanya. Ideanya, terbitkan
novelet di antara pelajar di dalam kelas.
Dalam masa yang sama, adik telah
pun berbual dengan angah mengenai perkara ini dan angah setuju dengan cadangan
adik.
Adik terus menghubungi saya yang dipanggil `Along’ oleh
mereka untuk bertemu dengannya di tempat biasa kami bersarapan. `Oh lupa,
hendak beritahu… rupanya selama ini adik tinggal berdekatan dengan rumah
saya. Hanya tak sampai setengah jam
untuk sampai ke rumahnya. Malah tempat sarapan kami pula di bawah bangunan
tempat tinggalnya.’
Semasa perjumpaan itu, adik mencadangkan ideanya kepada
saya. Malah katanya angah atau Intan
juga telah setuju. Tanpa berfikir
panjang saya terus sahaja bersetuju.
Dalam hati saya berkata, mungkin ini permulaan buat saya untuk mencapai
cita-cita saya sebagai penulis. Bermula
saat itulah maka lahirlah idea saya, karya saya yang pertama yang bertajuk
Jebat, Hero Hikayat Cinta.
Menggunakan nama
Versi Cinta NiN. Novelet pertama kami, insya Allah akan diterbitkan pada bulan Julai. Antara kata-kata indah
di dalam novelet kami:
Jebat, Hero Hikayat Cinta .
Karya : Nur Dila.
Rintang-rintang hati, menjalar di antara dua jiwa.
Rintang-rintang mata, terasa bertapa dunia milik kita
berdua.
Awas! Dia Milikku.
Karya : Nurhidah Halun.
Aku cintakan dia. Hanya itu yang aku tahu. Akan aku kejar walau ke pelusuk dunia mana pun. Demi cinta, aku rela.
Jujur Aku Cinta Kamu.
Karya : Intan Haji Daud
Dalam perkahwinan kena bertolak-ansur. Ibarat menarik tali. Tidak boleh dua-dua menarik, takut tali akan putus. Rumah tangga boleh runtuh.
"Abang, Isya punya... dan Isya, milik abang hingga syurga"
Doakan perhubungan yang terjalin dan hasil yang pertama ini tercapai, akan mengukuhkan lagi persahabatan kami.
Syukur tak terkira.
Aamiin.

aaamin
BalasPadam