Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang bernafas di dunia ini.
"Apakhabar semua?"
"Sihat. Alhamdulillah."
Ada satu kisah untuk dikongsikan.
Sedang aku berjalan menuju ke pasar borong melalui celah lorong yang biasa aku lalui. Tiba - tiba kedengaran suara anak kecil menangis.
"Kenapa pulak ni dik? Kenapa nangis?"
"Lapar," kata budak kecil itu sambil memegang tanganku.
"Mak mana? Ayah? Appa? Amma?" Soalku bertubi - tubi.
"Tarak. Kakak, lapar. Roti canai sama milo. Boleh kakak?"
Aku pandang wajahnya. Merah matanya. Mungkin sudah lama menangis. Dalam hati sudah berkira - kira hendak beri duit sahaja. Tapi timbul pula rasa ragu. Betul ke dia lapar? Nanti bila sudah dapat duit, lain pula jadinya. Lantas aku mengambil keputusan mengajaknya mengikut aku ke gerai Abang Mat yang terletak di medan selera pasar borong.
"Abang Mat!" laungku.
Abang Mat yang leka mengira duit menoleh ke arahku sambil tersenyum hingga menampakkan giginya yang kekuningan.
"Kenapa dengan kau ni? Nak makan mintalah dengan budak aku tu. Panggil aku buat apa?"
"Saja. Rindu ngan Abang Mat " selorohku. " Tak adalah, tu.. kat meja depan tu, ada anak siapa tak tau? Lapar katanya. Abang Mat bagilah apa dia nak makan. Saya nak naik atas cari barang." sambungku lagi.
"Okay. Baiknya adik Abang Mat ni, " balasnya sambil melepaskan tumbukkan ke bahuku.
Memang inilah kebiasaan yang aku terima daripada Abang Mat setiap kali aku ke gerainya. Aku tinggalkan budak itu dan segera naik ke atas untuk mencari barang keperluan untuk perniagaanku.
Sekembalinya ke gerai Abang Mat. Aku tercari - cari kelibat budak tadi. Sudah tiada. Lalu aku terus mencari Abang Mat semula.
"Abang Mat, mana budak tadi. Berapa ringgit dia makan?"
"Kau tak nak makan ke?" tegur Abang Mat "
Aku geleng kepala. "Cepatlah Abang Mat. Berapa?"
"20 ringgit "
"Amboi, mahalnya. Dia makan apa? Berapa hari tak makan?" soalku.
"Segalanyalah. Makan dengan bungkus sekali "
"Tak apalah Abang Mat. Rezeki dia. Insya Allah, rezeki saya, pahala." balasku sambil menghulurkan wang kertas Rm 20.
Ikhlas memberi.
Jumaat, 21 Mac 2014
Khamis, 20 Mac 2014
Rabu, 19 Mac 2014
SEMALAM DAN HARAPAN
SEMALAM DAN HARAPAN
kukira ini adalah semalam
semalam yang penuh dengan cerita
cerita tentang guru
cerita tentang aku dan kamu
kukira ini adalah semalam
semalam yg penuh dgn kegembiraan
gembira bertemu dirimu
gembira bersama gelak tawamu
keakraban terjalin lalu
kukira hari ini adalah semalam
semalam yg penuh kedukaan
kerana semalam
bertemunya hari ini
dan kerana hari ini
kitakan berpisah mengikut arah
perjalanan demi perjalanan
menuju puncak kejayaan
antara aku dan kamu...
TEMAN...
kukira ini adalah semalam
semalam yang penuh dengan cerita
cerita tentang guru
cerita tentang aku dan kamu
kukira ini adalah semalam
semalam yg penuh dgn kegembiraan
gembira bertemu dirimu
gembira bersama gelak tawamu
keakraban terjalin lalu
kukira hari ini adalah semalam
semalam yg penuh kedukaan
kerana semalam
bertemunya hari ini
dan kerana hari ini
kitakan berpisah mengikut arah
perjalanan demi perjalanan
menuju puncak kejayaan
antara aku dan kamu...
TEMAN...
KISAH ANAK BUJANGKU
NORFADZILA
ENTRY
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
ENTRY
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Bertemu dengan anak bujang saya yang lebih kurang sebulan lebih tidak berjumpa dengannya mengundang berbagai cerita darinya. Sepanjang perjalanan menghantar dia ke tempat latihan futsalnya, semalam.Dia bercerita seolah-olah esok atau lusa tak akan berjumpa lagi dengan saya, ibunya. Nampak sangat ibunya, orang yang telalu sibuk. Tak juga, mungkin dia yang akan sibuk dengan latihan demi latihan oleh pihak pengurusan kelab futsal yang dia ikuti.
Di sekolah vokasionalnya pula, dia salah seorang pemain bolasepak mewakili sekolahnya. Bermain di dua posisi, iaitu sebagai penjaga gol dan di bahagian pertahan posisi kiri dan ada masanya ke posisi kanan.
Bercerita mengenai latihan yang padat sehingga sakit kaki dan sakit badan. Saya sebagai ibunya, hanya mampu berkata… “dah itu yang abang suka dan minat. Abang mana boleh mengeluh. Usahalah, mana tahu suatu hari nanti boleh jadi salah seorang pemain Malaysia dalam arena bolasepak. Siapa sangka?”
Dalam masa yang sama sempat dia menyelit bercerita mengenai keputusan peperiksaan bagi semester kedua yang lepas.
“Ibu, pointer turun sikit je.”
“Hah! Tu lah. Asyik main je kan. Sampai tak ingat nak ulangkagi pelajaran.” Ibunya apa lagi terus membebel tanpa henti.
“Ibu ni… sikit je lah. Dulu masa semester satu abang dapat 3.6 point. Semester kedua 3.5 point. Kalau di campur kedua-dua tu kemudian dibahagi dua. Masih tinggi lagikan,” terangnya.
“Makanya, sebab itu ibu suruh belajar. Jangan bagi poiter tu jatuh. Mana tahu esok-esok anak ibu boleh sambung belajar kat `U’,” jelasku lagi.
“Ibu, minggu lepas. Abang masuk larian merentas desa. Abang dapat no. 10. Olahraga tak tahu lah nak masuk ke tidak? Masa latihan dia sama dengan latihan bolasepak,”keluhnya lagi.
“ Satu-satulah abang, jangan nak pulun semua. Nanti yang sakit siapa? Abang jugakan. Nanti semua abang tak dapat main,” tegurku.
“Ibu, dah sampailah. Nanti masuk simpang kiri tu. Nanti abang call ye, ibu datang ambil tau,” arahnya.
Apalagi yang boleh saya jawab waktu itu, melainkan menganggukkan sahaja. Demi seorang anak, ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya.
Doa saya, agar suatu hari nanti dia menjadi anakyang berjaya di dalam bidang yang dia ceburi dan sentiasa ingat akan jasa-jasa orang tuanya.
Aamiin
Sekian terima kasih kerana sudi membacanya.
Selasa, 18 Mac 2014
TAJUK : PENGALAMANKU BERSAMA ASKAR WATANIAH REJ 509 (PSTD)
ENTRY :
SABAR YE, KISAHNYA.
Pertama kali menjejak kaki ke Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani, Kedah. Begitu mengghairahkan. Semangat untuk menyambung pelajaran begitu membuak-buak di hati, di samping itu dapat menambah rakan-rakan dari negeri yang berlainan. Selasai hari pendaftaran kelas, asrama dan sebagainya. Rasa sedih menyelubungi pabila ahli keluarga yang menghantar aku ke sini bakal meninggalkan aku. Bertekad dalam hati kejayaan akan aku perolehi.
ENTRY :
SABAR YE, KISAHNYA.
Pertama kali menjejak kaki ke Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani, Kedah. Begitu mengghairahkan. Semangat untuk menyambung pelajaran begitu membuak-buak di hati, di samping itu dapat menambah rakan-rakan dari negeri yang berlainan. Selasai hari pendaftaran kelas, asrama dan sebagainya. Rasa sedih menyelubungi pabila ahli keluarga yang menghantar aku ke sini bakal meninggalkan aku. Bertekad dalam hati kejayaan akan aku perolehi.
Minggu pertama selepas pendaftaran masuk ke Instutut
Kemahiran Mara, Sungai Petani. Kedah. Pelajar semua di minta memilih salah satu
kokurikulum yang mereka minati. Aku tanpa membuang waktu terus memilih Pasukan
Simpanan Tentera Darat atau nama singkatannya PSTD. Bermula dari situlah nombor
gelaran aku terima menggantikan panggilan nama. Bermulalah episode baru. Suka dan
duka bila berada di dalam Plantun 1 Askar Wataniah Rejemen 509. Latihan yang di
terima sama seperti askar pelatih.
“6041738!”
“Ya Tuan”
“6041738!” laung Sarjan Ismail sekali lagi.
Aku yang masih leka dengan anganku tetap menyahut, “
Ya Tuan” dengan kuat sekali.
“Hantu raya hang! Turun 100 kali.”
Aku yang waktu itu masih terkial-kial memikirkan apa
salahku, tanpa membuang waktu terus melakukan tikam tubi. Dalam waktu yang sama
rakanku yang berdiri di sebelah kananku, Rogayah bersuara, “kau ni, lain kali
senang dirila bila dia panggil nombor kau tu.”
“Patutlah pun, Sarjan Ismail naik hantu, rupanya aku
lupa. Sepatutnya setiap kali nombor kita di panggil, jangan menyahut.
Seharusnya senang diri,” ngomelku sendirian.
Itulah salah satu kenangan yang paling tidak dapat
dilupakan.
Isnin, 17 Mac 2014
BULAN SATU DALAM HATI (JANUARY)
TEKS : NUR DILA
GAMBAR : HASIL LUKISAN SENDIRI DAN CARIAN GOOLGE
GAMBAR : HASIL LUKISAN SENDIRI DAN CARIAN GOOLGE
Bulan satu tiada pengganti,
Bulan satu idaman
kalbu,
Bulan satu kau kurindu.
Bulan satu tahun 2001.
Malam
kelam, bulan bundar wajahnya. Kerdipan bintang tak berupaya menyeri sang rembulan.
Hembusan angin membuai hati yang sedang
rawan. Pohon-pohon turun melambai mengikut alunan angin. Desiran dedaun kering memecah kesunyian malam.
Malah suara cengkerik juga turut sama
berlagu.
Hatiku
bersatu dalam lagu yang sedang diputarkan di corong radio kala ini. Engkau laksana bulan, nyanyian Sheila Majid
begitu meresahkan jiwaku yang sekian lama kesunyian. Walaupun bibirku turut
sama mengikut gerak setiap bait katanya. Walaupun
ada tikanya diriku tersenyum manja, tapi yang nyata hatiku jua sering
tertanya-tanya.
Apakah
diriku yang bersalah atau dirimu yang
tersilap langkah? Sehingga dirimu
berubah dan terus berpaling tadah. Dirimu yang pernah hadir dalam hidupku tanpa
kupinta dan kini dirimu pergi jua tanpa
kerelaanku. Ini semua ujian buatku. Dalam khilafku, mencari di mana salah-silapku. Dirimu pula leka mengumpul bahagia. Malah meneruskan kehidupan tanpa dirimu menghiraukan
diriku yang masih sedih dalam kehilangan cintamu.
Pada
waktu ini, diriku masih lagi menanti dan terus menanti. Moga suatu hari nanti bulan yang separuh
diliputi awan ibarat bulan purnama akan dapat merungkai kesedihan di jiwa. Namun hati tetap berasa gemuruh, saat dirimu
berdua dalam bahagia, diriku juga yang tertinggal dalam derita. Terus mencari dalam kesuraman dan bintang
sepi tanpa bayangan.
Setiap
ketika, kala kumemandang pada sinarnya rembulan, juga pada setiap kerdipan
bintang di langit. Rindu pasti datang
menjengah, menghimpit di dada penuh resah. Terkulai lemah dalam lelehan
airmata. Tidak terdaya kuungkapkan dan tak tertanggung rasa getar yang tak
pernah henti serta rindu yang tak pernah surut.
Kini
getarannya kian mengundang
keresahan. Dalam diam timbul wajah
kesayangan dalam igauan. Senyuman yang
sukar untukku lenyapkan kala terkatupnya
mata ini. Lantas dalam sedarku, potretmu
kudakap erat bersama ingatan yang terus tersingkap tanpa kupinta.
Duduk
berdua kita di bawah sinaran rembulan yang terang, yang seakan mengerti betapa
indahnya saat cinta kita. Dirimu
memulakan bicara.
“Dila,
cuba pandang ke langit . Nampak bulan
tak? Satu dan cantik, kan?” terangnya
sambil menundingkan jari ke atas.
“Asri, bulan memang cuma satu, tak dapat nak
disangkalkan lagi,” balasku sambil
menatap wajahnya penuh kasih.
“Emmm,
kalau Dila nak tahu. Dila ibarat bulan dalam hidup Asri. Bulan yang sentiasa
menyinari hidup Asri, tak kira kala suka mahu pun duka,” balasnya penuh yakin.
“Asri,
jangan bermain dengan kata, di hati
belum pasti, kan?” soalku kembali dalam cuba mencari anak matanya agar dapat ku
temui jawapan yang jujur.
Diriku
kembali menatap bulan kala wajahnya melaut entah ke mana. Sesekali awan
bergerak menutupi bulan dan diriku serta dirimu masih lagi duduk merenung
bulan. Masa seakan mencemburui
waktu. Lantas lengannya kuraih, berdiri
sambil membersihkan pasir yang melekat di seluarnya. Malah kain kurungku juga penuh dengan ranting
halus melekat segera kubuangkan. Berdua
pulang ke rumah masing-masing. Aku masih setia dengan lambaian hingga Asri
hilang dari pandangan.
Begitulah
kita. Di ibaratkan pasangan bahagia yang
sentiasa menjadi usikkan teman-teman sekuliah. Sekali cinta kulafazkan, selamanya
terus melekap dalam ingatan . Diriku
akui, hatiku telah tertawan dengan kasih sayangmu . Seringkali
dirimu menggambarkan diriku ibarat perwarna cinta. Katamu, diriku adalah
warna-warna indah yang telah menghiasi dalam nadi cintamu. Seterusnya akan dapat
menghilangkan rasa sepimu juga menyempurnakan rindumu terhadap diriku.
Diriku
terleka dengan kata manismu, lantas tersenyum bahagia.
Di saat itu yang ada cuma keinginan ingin selamanya berada
disampingmu. Hingga diriku terlupa pada
pencipta-NYA. Kita merancang, selebihnya
Allah yang menentukannya. Bulan yang terang telah menjadi saksi cinta dua hati
yang terikat oleh langit yang mesra. Doaku
sayang, biarlah bulan cinta ini menjadi pengikat kasih buat kita berdua,
selamanya.
Tawaran
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading begitu mengembirakan diriku. Apatah lagi dirimu. Kenduri kesyukuran talah diadakan oleh
keluargamu di atas kejayaanmu. Beruntungnya
dirimu, malah seluruh jiran kampung begitu gembira kerana hanya dirimu yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
University
of Plymouth, kt playmouth Devon. England.
Di sanalah dirimu akan pergi menuntut ilmu. Jelas terpancar sinar kegembiraan,
malah teman-taman kita yang lain tak henti-henti mengucapkan tahniah kepada
dirimu. Segalanya begitu pantas berlaku dan diriku pula terus dihimpit
kesayuan, dengan segera airmata ini ku seka, kala terdengar panggilan manjamu
memanggil namaku.
“Dila,”
panggilmu.
Segera
aku menoleh. Saat mata bertentang mata,
bibir hilang tanpa suara, hati sayu tidak terkira, dirimu akan hilang dari
pandangan mata. Bisakah diri ini menghadapainya? Sedangkan sehari tidak bertemu
diri ibarat malam tanpa cahaya, inikan pula bertahun lamanya. Hatiku penasaran, apakah janji setia akan
berkekalan?
Berjalan
menghampiri dirimu yang duduk di atas buaian, hati berdebar tidak keruan. Cuba
kutahankan airmata daripada bercucuran, cuba kulenyapkan kesangsian. Membetulkan
dudukku bersebelahan denganmu di atas buaian. Lalu kulontarkan perasaan agar
kau mengerti, wahai putera idaman.
“Asri,
begitu jauh jarak yang akan memisahkan kita. Apakah pasti akan ada setia?”
kataku sambil melemparkan pandangan ke dada
langit.
Dalam
dia tanganmu membelai rambutku, lantas kusandarkan kepalaku ke atas bahumu. Diriku dan dirimu terbuai bersama hayunan
buaian. Bulan kelihatan, dan kita terdiam, leka bersama perasaan. Ternyata
hanya pandangan mata menjadi taruhan, dan ahkirnya satu keluhan yang kedengaran.
“Mengapa
Dila? Diriku masih di sini. Di sisimu?” balas Asri.
“Ya
Asri, malam ini dirimu menemani diriku, tapi esok-esok tak pasti apakah dirimu
masih di sisi?” kataku sambil menyeka air jernih yang sudah penuh di kelopak mata.
“Shhh…
jangan berkata perkara yang kita sendiri tidak jangka, kelak mengundang duka.”
Sambil hujung jarinya diletakkan ke bibirku. “Kenapa merah matamu,” soal Asri
kembali.
Dalam
suram cahaya, tanpa tak dijangka dan tak terduka, sebentuk cincin telahpun dirimu sarungkan ke jari manisku, bersama
senyuman yang tak lekang dari bibirmu. Yakin cinta abadi pasti kekal selamanya
bersemi, tatkala terpandang sebentuk cincin yang sama rupanya di jari manismu.
Dalam hati terus berkata,`insyaAllah’.
“Dila,
tunggu Asri ya, Asri untuk Dila,” katamu sebelum berlalu pergi meninggalkan aku
yang sedang menanti mak dan ayahku untuk pulang ke rumah.
Malam
makin larut, hati kian kalut. Esok mentari pasti bersinar, harapan dariku
biarlah sinaran semurni impian. Biarlah segalanya, kuserahkan kepada yang maha
Esa. Biarlah masa yang menentukan, andai jodoh bulan satu tetap tidak ke mana.
Seperti
yang dijanjikan, hari permergianmu telah tiba. Awal pagi dirimu datang
menonjolkan diri di hadapan halaman rumahku.
Mujur ahli keluargaku memahami apa yang kita rasai. Sayang, malangnya diriku tidak dapat mengikuti
dirimu hingga ke lapangan terbang. Tidak sanggup rasanya diriku memberi
lambaian terakhir buatmu. Ahkirnya bulan satu, dirimu pergi jua demi segulung
ijazah.
Bulan
satu tahun pertama pemergianmu.
Hubungan kita ternyata kukuh dan utuh walaupun jaraknya beribu
batu, kesetiaan cinta kita berjaya
membuktikan yang dirimu tetap menjadi milikku. Katamu dalam utusan surat yang julung kali
kuterima, “Dila, andai dirimu rindukan diriku, renunglah bulan nan satu. Diriku
ada di situ, membalas senyummu di kala suka mahupun duka.”
Bulan satu tahun 2002.
Bulan
satu tahun ke-dua. Utusan surat cintamu kian menyepi. Tiada lagi kata rindumu,
tiada lagi cintamu seindah bulan. Semakin kumenatap rembulan, hati kian
dihimpit penasaran. Dalam diam aku termanggu duduk sendirian. Ibarat pungguk merindui rembulan.
Diriku
gembira pabila mendengar khabar, dirimu akan kembali ke tanah air sekali gus
meleraikan rasa rindu yang selama ini begitu mengebu terhadap dirimu. Dua tahun tanpa berita hanya bulan menjadi
bukti setia. Diriku percaya dirimu juga pasti gembira.
Hari
yang dinanti oleh keluargamu dan diriku menjadi nyata. Sambutan kepulanganmu begitu meriah disambut
ahli keluarga. Terpancar sinar cahaya di
wajah bondamu. Ayahandamu apatah lagi
tidak henti-henti menepuk bahumu, menunjukkan betapa bangganya seorang ayah
yang mempunyai anak yang bijak sepertimu.
Diriku
yang berada di ruang tamu turut sama berada di dalam kelompok ahli keluargamu. Rasa
riang tidak terhingga, terkulat-kulat diriku memandang dirimu. Jauh sekali
perubahanmu, diriku langsung tidak dirimu peduli. Seperti ada yang cuba
mengaburi, pandangan semakin mengecil. Siapakah di sisimu yang cantik lagi
berseri? Lalu aku beranikan diri, secara diam mula menghampiri. Kaget ketika
mata bersabung mata, hati berdetup tidak terkira. Pabila mataku terpandang
pautan tanganmu digengaman tangannya.
Tanpa
rasa segan diriku menyahut dirimu, “Asri, amboi… sudah lupa teman lama ya,”
sengaja perkata teman lama kutekankan.
Wajah
yang tadi ceria dengan senyum yang tak lekang dari bibirnya terdiam kaku.
Kulitnya yang putih bertukar kemerah-merahan. Apakah menahan malu ataupun
marah? Sedangkan yang bersarang di hatiku saat ini, cuma pengakuan ikhlas
darimu. Siapakah dia?
“Dila,
kenalkan Nita. Nita, ni lah Dila, yang sering Asri ceritakan. Teman sedari kecil hingga kini,” balasnya.
Salam
perkenalan bersambut dalam nada yang tidak ceria. Berdiri di sebelah dirimu
namun aura kasihmu seakan hilang. Debaran
di hati hilang entah kemana. Tidak seperti sebelumnya, apakah tanda semua ini?
Aku sendiri hilang suara, untuk mendekatimu juga seakan tidak bermaya. Teratak
hati kian retak. Ibarat nasi tak dingin, pinggan pun tak retak. Aku tinggalkan
mereka dalam gelak tawa yang masih bersisa di hati.
Bulan satu tahun 2003.
Tahun
ke-tiga di penghujung bulan satu, selepas kembalinya dirimu di daerah ini. Siapa tidak menyangka hatiku bagai diduga,
perubahanmu mulai ketara. Jikalau dulu kunjungan
darimu sentiasa ku tunggu. Kini tiada lagi. Malah hampir sebulan dirimu
langsung tidak kelihatan. Ada tikanya, aku merempuh tembok kedinginanmu,
mencari di mana salahnya aku. Ternyata tiada jawapan.
Dirimu
seolah cuba menyembunyikan keresahan setiap kali kita bertemu. Sekali lagi
hatiku berkata, `mengapa Asri, mengapa? Badai apakah yang sedang melanda
hubungan kita.’ Aku cuba mengukir
senyuman, namun sayang senyuman itu
hanya sekadar berbasi. Tak mampu
membuang resah malah semakin gelisah.
`Asri,
apakah aku ibarat pungguk rindukan bulan? Apakah kasihmu hanya tinggal
bayangan? Adakah cintamu tidak seindah rembulan? Diriku tertanya-tanya tanpa
sebarang jawapan.’ Detik hatiku.
Setahun
lamanya dirimu menghilang, ternyata cintamu curang. Janji terukir hanya di
lurah yang curang. Sedangkan dirimu
diulit bahagia, diriku hanya di temani airmata. Tiada lagi kata cinta. Bulan
satu tetap ceria, hanya diriku di lambung duka.
Bulan
satu tahun 2004.
Kini,
bulan satu di awal tahun baru, kau terus hilang di balik putaran waktu. Malah janji dari kata-katamu ku lipat dalam
lipatan yang tersimpul mati ikatannya. Tak akan berpaling lagi. Keyakinan diriku kuat mengatakan dirimu yang kucinta
kini milik orang. Tanpa ku duga tepat benar
ramalanku. Kad undangan ku terima di awal tahun baru dari bondamu. Ternyata dirimu kini bukan
lagi milikiku. Cincin di jari kulucutkan,
tanda diriku tiada siapa yang punya. Kabus rindu akan menhilang sirnanya. Salju
rindu datang menhampiri menghimpit diriku. Ahkirnya pukulan kompang berkumandang
dan dirimu terduduk di pelamin tersenyum riang manakala aku hanya mampu bergurindam
di luar jendela kamarku.
Bulan
dua berlalu pergi,
Bulan
tiga sedang merancang,
Bulan
empat setia menanti,
Bulan
lima tercatat di buku,
Bulan
enam harijadiku.
Insya-Allah,
pastikan bertemu satu cinta di bulan satu. (January)
“Dia Yang menciptakan segala sesuatu, lalu Dia menetapkan atasnya takdir (ketetapan) yang sesempurna-sempurnanya “(QS. 25 :2)
“Dia Yang menciptakan segala sesuatu, lalu Dia menetapkan atasnya takdir (ketetapan) yang sesempurna-sempurnanya “(QS. 25 :2)
Ahad, 16 Mac 2014
Ahad, 9 Mac 2014
TAMBATAN HATI
Cahaya suram menyinari di ufuk timur,
bulan pasti terbit berseri,
kasihmu mekar seharum bunga melur,
menambat cinta di hati bersemi.
Hati terpaut pada sinaran rambulan,
senyuman menambat di jiwa nan sepi,
hidup sentiasa ingin berteman,
agar hilang gusar di sanubari.
Tambatan jiwa di jantung hati,
makin bergetar cinta abadi,
kasih tertambat tidak terperi,
padamu Arjuna idaman Kesuma Dewi.
bulan pasti terbit berseri,
kasihmu mekar seharum bunga melur,
menambat cinta di hati bersemi.
Hati terpaut pada sinaran rambulan,
senyuman menambat di jiwa nan sepi,
hidup sentiasa ingin berteman,
agar hilang gusar di sanubari.
Tambatan jiwa di jantung hati,
makin bergetar cinta abadi,
kasih tertambat tidak terperi,
padamu Arjuna idaman Kesuma Dewi.
SEBUAH PENGERTIAN
SEBUAH PENGERTIAN
wahai sedulurku
usah diharap kasihnya aku
usah diharap sayangnya aku
usah dinanti pada setiaku
usah dirisik akan diriku
wahai sedulurku
jangan mengharap di langit yang cerah
jangan mengharap pada awan yang biru
jangan mengharap pada suramnya malam
jangan mengharap akan sinarnya bintang
wahai sedulurku
setiaku hanya pada yang satu
pengharapanku juga pada yang satu
mengharap aku jua pada yang satu
hanya pada-NYA yang satu.
ALLAH YANG SATU.
Sabtu, 8 Mac 2014
Surat Buat Kekasih
Buat kekasih Karma…
Di saat aku menukilkan baris ayat buat tatapanmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Hatiku penuh dengan bebola cintamu dan tidak bisa ditembusi oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku, walaupun kekadang waktu kau tersasar oleh kerana ketidakstabilan cintamu yang membina tembok kedinginan dan kedegilan.
Karma…
Di saat aku menukilkan baris ayat buat tatapanmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Hatiku penuh dengan bebola cintamu dan tidak bisa ditembusi oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku, walaupun kekadang waktu kau tersasar oleh kerana ketidakstabilan cintamu yang membina tembok kedinginan dan kedegilan.
Karma…
Tidak ada lagi ungkapan yang
lebih indah dari ungkapan yang membisik dijiwamu dan jiwaku jua. Dan aku tidak
mampu membariskan lagi ayat-ayat getaran jiwa dalam persinggahan rindu ini. Kau
telah menghembuskan riwayat cinta luka dipersada jiwaku yang kian kontang
dengan janji-janji yang telah kau sumpahkan. Jika itulah keputusan yang telah
kau buat demi kesejahteraan dirimu, aku sedia menerima akibatnya.
Karma…
Aku bahagia begini dan aku
ingin terus begini bersama kenanganmu. Walau aku tahu pelayaran bahtera cinta
kita kian tenggelam diterjah ganas sang ombak yang tidak pernah serik dan tanpa
segan silu merobekkan sedikit demi sedikit kepercayaan aku terhadap dirimu. Lalu aku berfikir, untuk apa untuk apa
aku menunggumu jika hanya menyakitkan hati. Untuk apa lagi aku mengharapkan
kasihmu, sedangkan kau sendiri rela dengan keputusan yang telah kau lakukan.
Karma…
Aku kembali melemparkan
pandangan ke ke arah laut biru. Nampak tenang tapi geloranya tetap ada di situ.
Begitu juga hati ini, gelodak di jiwa yang kian parah hanya Dia yang
mengetahuinya. Lalu aku alihkan pula pandangan ku pada pohon nyiur yang
melambai, seakan kau yang sedang melambai aku dengan senyuman yang tak lekang dari bibirmu. Angin yang menghembus
menepis pipiku lembut... seakan hembusan nafasmu. `Arrr... alih-alih kenangan
itu juga yang terpahat.'
Karma…
Aku tidak sedar dari kenalan kita lahir satu perasaan sayang aku padamu. Cinta memang tidak bisa di paksa, tak mungkin di rayu walau apa pun syaratnya. Cuma satu yang ingin ku pinta... ingatlah diri ini biarpun hanya sezarah adanya. Ingatlah diri ini yang pernah bertahta di hatimu biarpun seketika waktu. Ingatlah bahu ini tempat kau redakan kesedihanmu dan di dada ini tempat kau rebahkah segala dukamu.
Karma…
Aku tidak sedar dari kenalan kita lahir satu perasaan sayang aku padamu. Cinta memang tidak bisa di paksa, tak mungkin di rayu walau apa pun syaratnya. Cuma satu yang ingin ku pinta... ingatlah diri ini biarpun hanya sezarah adanya. Ingatlah diri ini yang pernah bertahta di hatimu biarpun seketika waktu. Ingatlah bahu ini tempat kau redakan kesedihanmu dan di dada ini tempat kau rebahkah segala dukamu.
Karma…
Walaupun panggilan
pulau seakan-akan memanggil namaku. Menyeru aku kesana, melepas rasa rindu yang
kian lama tertanam dilubuk hati. Semakin menggebu di jiwa. Semakin resah diri.
Daun nyiur yang terbuai- buai di tiup angin. Ombak pantai menghempas pasir,
berdesir alunan daun-daun kering... aduh! Rindu tanpa suara hanya hati
berkata-kata. Betapa aku menyayangimu.
Namun cinta bagiku kini tak perlu lagi dipaksa kelak pasti antara
kitakan tersiksa. Biarlah ia pergi, jika itu membahagiakanmu dan telah
kurelakan jiwa ini melepaskanmu untuk selama-lamanya.
Karma…
Diahkir bicaraku, terimalah pemberianku ini ikhlas buatmu yang
telah kusimpankan niat hanya untukmu. Hanya kamu yang layak menerimanya.
Terimalah ia, andai suatu saat kau merindui aku, tataplah ia dan aku akan hadir
dalam setiap mimpimu. `AA’ lambang kasih dan sayangku padamu dan cintaku tetap
selamanya untukmu.
Cinta dan rinduku akan ku framekan di
benteng yang kian rapuh dengan kesetiaanmu...
Salam sayang.
Aizat
Rabu, 5 Mac 2014
Bila saya ke pasar borong
Assalamualaikum dan selamat pagi teman yang sudi membaca blog saya. Ermmm... pagi tadi macam biasa, seawal jam 5.30 pagi saya sudah bangun... sambil-sambil siapkan kerja rumah sambil sambil siapkan cerita saya, dan sambil-sambil tu dengar ceramah agama di televisyen 1. Biasanya saya akan hantar akan gadis saya ke sekolahnya, tak jauh 10 minit je sampailah. Barulah saya akan ke Pasar Borong Selayang. Mencari kelengkapan untuk perniagaan saya. Dan seawal pagi itulah mulut saya akan kecoh... hihihih maksud saya bising. Orang yamg pertama saya tegur pakcik jaga parking.
"Assalamualaikum pakcik, jaga kereta saya pakcik... mahal tu." tegur saya.
Pakcik jaga parking hanya senyum memandang saya sambil mengangkat tangan kirinya melambai-lambai. Sambil berlari-lari anak ke arahnya saya pun bertanya,
"Pakcik panggil saya ke?"
"Mana ada... aku panggil kereta tu nak masuk parking. Yang hang perasaan tu, buat apa?" jawab pakcik jaga parking.
Padan dengan muka aku kan. Melangkah ke bahagian udang, sotong dan ikan.
"Amoi... lu punya kereta 2210 mana?" tanya apek ikan.
"Ada, pasai apa?" tanya saya.
"Waaa... lu punya nombor banyak ong tau, sudah kena maaaaa... first price?"
"Waaaa... banyak untungla... kasi saya topup maxis lima puluh ringit la apek, boleh ka?"
"Lu mau ka amoi, esok aaaa"
Sambil gelak saya belek ikan, tengok harga. Tengok harga udang... mak aiiii mahalnya. tahun lepas saiz yang sama baru Rm 20.00 sekilo. Sekarang sudah Rm30.00. Rm10.00 beza dia.
"Kasi murah sikit la apek, selalu angkat sama you ooooo" kataku mengayat apek tadi.
"Berapa kilo mau, amoii..."
"Sama macam semalam la, sotong pun sama arrr" kataku lagi.
Okay, kawan-kawan semua. Di sini saya nak ingatkan, bila kita beli barang yang menggunakan timbang. Kita kena pastikan penimbangnya tu tak lari bacaan dia. Dan satu lagi masa dia nak timbang tu perhatikan betul tak, kalau yang kita minta 3 kilogram tu tetap 3 kilogram atau tak. Dulu saya selalu terkena. Bayangkan kalau sehari, dia tipu kita sebanyak 200 gram. Kalau seminggu dah berapa? banyakkan?
Okay, dah sattle kat bahagian ikan, udang dan sotong. Kita ke bahagian ayam,daging,tulang dan ekor pula.
Okay, di bahagian ini pun kena berjaga-jaga juga. Peniaganya orang melayu dan nak tipupun orang melayu juga. Mana p akai depa ni pun tak tau. Sama-sama melayu pun nak tipu. Selalunya pada harga. Kalau kita main order dan bayar... memang kena tipulah. Sebab, bila harga ayam turun dia tak cakap.Yang dia dok cakap bila ayam naik harga. Dan kita yang tak peka ni... bayar ajelah yang mahal tu. Satu lagi, bila nak beli ekor lembu, selalu tak kawan-kawan dapat yang keras. Bila rebus punyalah lama nak empuk. Ini rahsianya, masa nak beli tu...tengok yang banyak lemak keliling ekor tu. Maknanya dia lembu Autralia. Kan kat sana sejuk... banyak lah lemak. Kalau yang warna isi tu hitam, lemak tak ada, haaaa itu dari India. India kan panas terik... tak sempat lembu tu nak kumpul lamak. Itulah yang jadi macam tu. Hihihihihi... tak tahulah. Tapi saya selalu beli macam tu, alhamdulillah sup ekor saya sedap je.
Okay, dah selesai bahagian basah. Sekarang kita pergi ke bahagian sayur pulak. Sayur ni selalunya saya akan pilih sendiri, timbang sendiri... ikut suka hati saya nak berapa kilo. Dan selalunya saya tinjau harga dia dulu. Penat tau, tapi puas hati. Dari kita main order je, bila sampai rumah yang itu kuning, yang itu dah hancur sayurnya lagi sakit hatikan. Cuma hari ni sayaur agak mahal, kacang bendi Rm6.00 sekilo. Bunga kantan satu ikat Rm4.00. Tapi, okay... bukan buang. Gunakan.
Itulah cerita saya hari ini.
"Assalamualaikum pakcik, jaga kereta saya pakcik... mahal tu." tegur saya.
Pakcik jaga parking hanya senyum memandang saya sambil mengangkat tangan kirinya melambai-lambai. Sambil berlari-lari anak ke arahnya saya pun bertanya,
"Pakcik panggil saya ke?"
"Mana ada... aku panggil kereta tu nak masuk parking. Yang hang perasaan tu, buat apa?" jawab pakcik jaga parking.
Padan dengan muka aku kan. Melangkah ke bahagian udang, sotong dan ikan.
"Amoi... lu punya kereta 2210 mana?" tanya apek ikan.
"Ada, pasai apa?" tanya saya.
"Waaa... lu punya nombor banyak ong tau, sudah kena maaaaa... first price?"
"Waaaa... banyak untungla... kasi saya topup maxis lima puluh ringit la apek, boleh ka?"
"Lu mau ka amoi, esok aaaa"
Sambil gelak saya belek ikan, tengok harga. Tengok harga udang... mak aiiii mahalnya. tahun lepas saiz yang sama baru Rm 20.00 sekilo. Sekarang sudah Rm30.00. Rm10.00 beza dia.
"Kasi murah sikit la apek, selalu angkat sama you ooooo" kataku mengayat apek tadi.
"Berapa kilo mau, amoii..."
"Sama macam semalam la, sotong pun sama arrr" kataku lagi.
Okay, kawan-kawan semua. Di sini saya nak ingatkan, bila kita beli barang yang menggunakan timbang. Kita kena pastikan penimbangnya tu tak lari bacaan dia. Dan satu lagi masa dia nak timbang tu perhatikan betul tak, kalau yang kita minta 3 kilogram tu tetap 3 kilogram atau tak. Dulu saya selalu terkena. Bayangkan kalau sehari, dia tipu kita sebanyak 200 gram. Kalau seminggu dah berapa? banyakkan?
Okay, dah sattle kat bahagian ikan, udang dan sotong. Kita ke bahagian ayam,daging,tulang dan ekor pula.
Okay, di bahagian ini pun kena berjaga-jaga juga. Peniaganya orang melayu dan nak tipupun orang melayu juga. Mana p akai depa ni pun tak tau. Sama-sama melayu pun nak tipu. Selalunya pada harga. Kalau kita main order dan bayar... memang kena tipulah. Sebab, bila harga ayam turun dia tak cakap.Yang dia dok cakap bila ayam naik harga. Dan kita yang tak peka ni... bayar ajelah yang mahal tu. Satu lagi, bila nak beli ekor lembu, selalu tak kawan-kawan dapat yang keras. Bila rebus punyalah lama nak empuk. Ini rahsianya, masa nak beli tu...tengok yang banyak lemak keliling ekor tu. Maknanya dia lembu Autralia. Kan kat sana sejuk... banyak lah lemak. Kalau yang warna isi tu hitam, lemak tak ada, haaaa itu dari India. India kan panas terik... tak sempat lembu tu nak kumpul lamak. Itulah yang jadi macam tu. Hihihihihi... tak tahulah. Tapi saya selalu beli macam tu, alhamdulillah sup ekor saya sedap je.
Okay, dah selesai bahagian basah. Sekarang kita pergi ke bahagian sayur pulak. Sayur ni selalunya saya akan pilih sendiri, timbang sendiri... ikut suka hati saya nak berapa kilo. Dan selalunya saya tinjau harga dia dulu. Penat tau, tapi puas hati. Dari kita main order je, bila sampai rumah yang itu kuning, yang itu dah hancur sayurnya lagi sakit hatikan. Cuma hari ni sayaur agak mahal, kacang bendi Rm6.00 sekilo. Bunga kantan satu ikat Rm4.00. Tapi, okay... bukan buang. Gunakan.
Itulah cerita saya hari ini.
Isnin, 3 Mac 2014
Gembira
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah hari ini semuanya nampak gembira. Gembira? Ya lah, tadi pagi semasa saya di pasar borong, saya lihat semua orang tersenyum memanjang. Mungkin harga ikan murah kot, teka saya. Namun macam biasa la yang lagi gembira sah-sahlah tauke cina yang menjual ikan, udang sotong dan sayur. Harga masih lagi tinggi.Nak tak nak,sebagai peniaga kedai makan kenalah beli semuanya.
Masih lagi dalam gembira, balik dari pasar terus ke kedai. Sampai di kedai tugas utama ialah mengeluarkan barang dari kereta. Habis kancil aku... dari bau kedai kereta sekarang dah bertukar bau. Ehmmm... nak buat macam mana, kita ni peniaga kecil-kecilan je. Tugas kedua, biasalah menumis kuah asam pedas saya. Itu ajelah tugas saya, yang di lakukan selama saya berniaga tanpa rasa jemu. Kenapa? Mestilah itukan pendapatan saya.
Hihihiihiiiihi... sekian saja. Harap semua terhibur. Tunggu esok pulak. ok
Masih lagi dalam gembira, balik dari pasar terus ke kedai. Sampai di kedai tugas utama ialah mengeluarkan barang dari kereta. Habis kancil aku... dari bau kedai kereta sekarang dah bertukar bau. Ehmmm... nak buat macam mana, kita ni peniaga kecil-kecilan je. Tugas kedua, biasalah menumis kuah asam pedas saya. Itu ajelah tugas saya, yang di lakukan selama saya berniaga tanpa rasa jemu. Kenapa? Mestilah itukan pendapatan saya.
Hihihiihiiiihi... sekian saja. Harap semua terhibur. Tunggu esok pulak. ok
Ahad, 2 Mac 2014
KISAH QASIH (PEMBETULAN)
`Sunyinya…’ bisik Qasih.
Qasih yang sedari tadi mengelamun di jendela, segera beredar menuju ke meja
tulisnya. Bingkai gambar yang terletak di penjuru meja dipegangnya. Jelas
kelihatan raut kedua insan yang disayanginya, yang mana telah membesarkannya ibarat
semata wayang. Qasih menyeka air jernih
yang mula bertakung di kelopak matanya.
`Abah, mak, Qasih rindu sangat…’ bisik Qasih lagi. Dalam leka mengulit
kenangan dia terdengar suara anak kecil
di luar jendela rumahnya bersama seorang lelaki tua. Tatkala matanya terpandang kemesraan mereka,
ingatannya terhadap kedua orang tuanya kembali bertandang satu persatu di
hadapan mata.
*******
Suasana
rumah yang agak lengang pada cuti hujung minggu, memberi peluang abah untuk
bermesra dengan Qasih. Mak masih di
dapur menyediakan makan malam,manakala abang-abangnya dan Kak Liya
masing-masing di dalam bilik mereka. Abah dan Qasih pula duduk berehat di ruang
tamu sambil menonton televisyen.
Abah dan mak sentiasa memanjakan Qasih, begitu juga dengan Kak Liya dan abang-abangnya yang lain. Apa sahaja yang di ingini oleh Qasih pasti mereka cuba penuhi. Begitu juga dengan kehendak Abang Sudin. Malah semua anak-anak abah akan mendapat apa yang mereka minta selagi abah dan mak mampu untuk menyediakannya.
Abah dan mak sentiasa memanjakan Qasih, begitu juga dengan Kak Liya dan abang-abangnya yang lain. Apa sahaja yang di ingini oleh Qasih pasti mereka cuba penuhi. Begitu juga dengan kehendak Abang Sudin. Malah semua anak-anak abah akan mendapat apa yang mereka minta selagi abah dan mak mampu untuk menyediakannya.
“Hang, pasai apa Qasih?
Dari tadi abah dok tengok, hang lagu cacing kepanasan saja, awatnya?” soal
abah.
`Aikk, abah perasaan
ka?’ hatinya berkata. Qasih menoleh
memandang abah. Dari jauh dia merenung
wajah abahnya. Qasih bangun dan menghampiri abah, dalam hatinya sudah tersusun
ayat yang ingin disampaikan kepada abah. Qasih menelan air liurnya. Sekali… dua
kali dan ahkirnya.
“Abah, betoi ka apa
yang Abang Sudin dok habaq kat cheq…?” belum sempat Qasih menghabiskan
pertanyaannya, abah terus bersuara.
“Abang Sudin hang habaq
apa?” abah menyoal sambil matanya masih memandang ke arah televisyen.
“Abang Sudin habaq…
habaq…”
“Habaq apa? Dari tadi
dok habaq… habaq…” balas abah lagi.
Kasih yang terkejut
dengan jerkahan abahnya dengan pantas menjawab, “ Dia habaq, Qasih comey, anak
mata Qasih warna coklat cair macam mata penyanyi Noorkumalasari, kulit Qasih
putih… tak macam dia, hitam.” Balas Qasih.
`Fuhhh lega, mana
datangnya idea dia membalas sergahan abah tadi,’ bisik Qasih lagi. Abah yang
mendengar jawapan Qasih terus ketawa tak henti. Qasih juga tersenyum memandang
abah.
“Itu aja, yang dok
pikiaq sangat? Tok sah dok pikiaqlah, apa yang Abang Sudin hang dok kata tu…”
sindir abah.
“Abah, kalau macam tu…
abah belanja sate, boleh? Dah lamalah tak makan sate,” pujuk Kasih.
“Oooo… nak makan sate
rupanya, pi habaq kat mak… tok sah dok masak banyak. Sat ni kita pi beli. Ni
pun dah nak maghrib,” balas abah sambil membelai rambut Qasih yang ditiup kipas
angin.
*******
Abang Sudin sentiasa
mencari sebab untuk membuli Qasih. Qasih akan menangis, jika tidak tahan dibuli
oleh abangnya. Bukan abangnya saja yang
mengusik, nanti semua kawan Abang Sudin pun turut sama mengusiknya. Bila
disergah oleh jiran-jiran, barulah mereka berhenti. Begitulah seterusnya hingga Qasih memencilkan
diri di dalam rumah sahaja.
Kasih
masih ingat lagi… pernah suatu malam, ketika Qasih… Kak Liya dan Abang Sudin mengaji Al-Quran di
rumah tok wan yang berada di tingkat satu.
Tok wan yang sedang leka mengajar Kak Liya mengaji, tiba-tiba terdengar Qasih
menangis sekuat hati. Sehingga tok wan
terpaksa berhenti mengajar Kak Liya mengaji dan tergesa-gesa berlari menjenguk Qasih.
“Huu…
huu… huu… Abang Sudin jahat… Abang Sudin jahat. Dia kata, Qasih anak pungut.
Betoi ka… tok wan?” mengadu Qasih kepada tok wan.
“Sudin!
Hang mai sini… awat yang hang dok ketegaq sangat ni! Hang tau tak, ni adik
hang? Yang hang sibuk dok pi kata dia anak pungut tu pasai apa?” marah tok wan.
“Mana
ada tok wan, memang dia anak pungut apa? Masa mak ngan abah pi Kuala Lumpoq,
perut mak kempis. Tup, tup… bila balik
mai, abah ngan mak dok dukung budak kecik.? Budak ni lah.” Jawab Abang Sudin
sambil menunding jari ke muka Qasih.
“Dah
naa… Qasih, jom kita balik. Kita pi habaq kat abah naa. Biaq abah pukui Abang
Sudin” nasihat Kak Liya.
Abang
Sudin tetap tidak berpuas hati, malah masih sempat lagi mengusik adiknya. Di angkat kedua-dua tapak tangan, dan di
letaknya di tepi telinga.
Dikibas-kibasnya tangan ibarat telinga gajah yang sedang mengibas sambil
menjerit.
“Qasih
anak pungut yeh… Qasih anak pungut yeh… jumpa tepi longkang yeh.” Diulang beberapa
kali, sehinggakan kawan-kawan Abang Sudin pun ikut serta berlagu.
“Hang
tak pa Sudin. Hang tengok sat ni, aku
habaq kat abah. Biaq hang kena pukui
ngan tali pinggang hitam abah tu. Baru
hang nak tau kot, hang tak ingat ka… apa abah dok pesan kat kita?” berleter Kak
Liya sepanjang menaiki tangga untuk balik ke rumah.
Sepanjang
menaiki tangga, Qasih menangis tersedu-sedan.
Puas dipujuk oleh kakaknya, tetapi
tidak juga Qasih berhenti menangis. Habis semua jiran menjenguk dari
pintu rumah mereka. Sampai saja di rumah
dan belum sempat Kak Liya hendak memanggil mak, terdengar suara abah dari dalam
bilik menjerit menyoal Kak Liya mengapa Qasih menangis.
“Ni…
awat yang dok teriak, macam orang kena tibai ni. Sapa pulak yang dok usik adik hang ni, Liya?”
tanya abah.
“Sudin…
abah. Dia yang dok usik Qasih, orang dok elok-elok mengaji, dia pi dok ejek Qasih. Qasih bukan dok usik dia pun. Dia tu dok sibuk kata Qasih anak pungut.
Sampai tok wan marah pun, Sudin dok ejek dia lagi, abah.” mengadu Kak Liya.
Abah
yang memang panas hati dengan perangai Abang Sudin terus masuk ke dalam bilik.
Keluar saja dari bilik, di tangan abah terdapat seutas tali pinggang
hitam. Tali pinggang itu, abah selalu
guna bila abah berpakaian seragam polis.
Digulungnya tali pinggang itu sambil menjerit memangil Abang Sudin. Nampak saja kelibat Abang Sudin, abah dengan
lantangnya bersuara.
“Hey…
Sudin! Hang mai sini sat. Berapa kali
aku nak habaq kat hang.? Berapa kali
hang nak kena pukoi ngan aku? Hang tak
serik no… awat yang hang dok ketegaq sangat ni? Hang tau dak, Qasih tu adik
hang?” Sambil menghayun tali pinggang itu ke belakang badan Abang Sudin.
“Aduh…
sakit abah!” Jerit Abang Sudin.
“Abah…
sakit, mak tolong Sudin!” Jerit Abang Sudin lagi. Merintih suara Abang Sudin ketika itu.
“Hang
nak ejek adik hang lagi? Hang nak kata yang bukan-bukan kat dia lagi? Hang
habaq mai kat aku la ni, Qasih tu sapa?” laung abah.
Masih
terdengar esakkan mak di penjuru bilik sambil berkata… “sudahlah abahnya… depa
budak kecik lagi, tak tau apa-apa.”
Qasih, binggung dan dia
masih dapat menangkap apa yang di maksudkan dengan `depa budak kecik lagi, tak
tau apa-apa’. Dia menyimpan niat, satu
saat akan dirungkaikan juga apa yang dimaksudkan oleh maknya itu.
*******
Masa terus berlalu dan
usia mereka pun meningkat dewasa. Semenjak peristiwa itu, Abang Sudin tidak
lagi berani mengusik Qasih, malah hubungan Abang Sudin dengan Qasih tetap
dingin. Puas Qasih cuba untuk menghampiri Abang Sudin, namun tak pernah
diendahkan. Sebaliknya antara Qasih dan abangnya yang lain dan Kak Liya tetap baik
seperti biasa.
Abah pula telah tamat
perkhitmatannya sebagai anggota polis. Ketika Qasih berusia lima belas tahun,
Mak telah pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Bertambah bencilah lagi Abang Sudin terhadap Qasih.
Qasih masih ingat lagi, pada malam yang ke empat puluh hari, semasa abah
membuat kenduri arwah untuk mak, Qasih di dalam bilik… datang Abang Sudin
sambil memegang lengennya dan bersuara,
“Hang
ingat Qasih, sampai bila pun… hang bukan adik aku… dan hang tetap anak pungut
yang abah jumpa kat tepi longkang.” Tegas suara Abang Sudin.
Jelas terpancar api
kebencian di wajahnya. Ini mengingatkan Qasih
pada suatu peristiwa dimana waktu itu, Qasih hanya tinggal berdua bersama
maknya. Sambil mencabut uban di kepala maknya, Qasih pun bersuara…
“Mak… mak tahu tak pasai apa nama abah adik Syamsudin,
bukannya Nordin?”
“Qasih, kan abah dah cakap… abah kerja polis. Poliskan kena menyamar, sebab tulah namanya
perlu banyak,” balas maknya sambil memalingkan mukanya melihat Qasih.
“Tapikan mak, Abang Sudin selalu cakap… yang Qasih ni
cuma anak pungut ja. Kutip kat tepi longkang?”
“Pandai betui Abang Sudin hang kan. Nanti mak marahkan
dia na?” jawab mak sambil membelai rambut Qasih. Serta merta mak memeluk Qasih dan mencium
kedua-dua belah pipinya.
Jawapan mak sama sekali tidak menghalang Qasih untuk mengetahui kisah sebenarnya.
Kenapa dan mengapa Abang Sudin tidak seperti abang-abangnya yang lain.
Kesihatan abah pula mengganggu hati Qasih. Suasana
rumah yang sunyi mungkin membuatkan abah teringat kepada isterinya. Dari dalam
bilik abah, Qasih terdengar namanya dipanggil.
Berlari Qasih mendapatkan abah yang terlantar di atas katil. Selepas mak
meninggal, sakit abah menjadi-jadi. Kencing manis abah pada tahap kritikal dan
abah sudah tidak mampu berjalan. Kini abah hanya mampu duduk dia atas kerusi
roda sahaja.
“Qasih…
boleh Qasih janji dengan abah?” kedengaran sayu suara abah.
“Janji
apa abah?”
“Janji
dengan abah, besaq nanti Qasih jadi polis na. Pegawai Polis.” terbatuk-batuk
abah untuk menghabiskan perkataan yang hendak disampaikan.
“Insya
Allah abah…” jawab Qasih sambil memandang abahnya. Dalam hati kasih berbisik
`andai Qasih bukan anak abah pun, akan Qasih sayang abah sampai bila-bila.’
Hari
berganti hari, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Qasih membesar
sama seperti anak gadis yang lain.
Ketika umur Qasih menjangkau 17 tahun, hidup Qasih seakan terbiar. Kasih kekurangan kasih sayang dan
perhatian. Bukan kerana kesempitan
hidup, cuma terpaksa berpisah dengan abah.
Abah dan Abang Sudin tinggal bersama Kak Liya dan Qasih terpaksa tinggal
bersama Abang Tam di utara.
Suatu
hari, Abang Tam sekeluarga serta Qasih ke rumah Kak Liya di Kuala Lumpur. Gembira bukan kepalang Qasih, bila dapat
melihat abah. Mengalir air jernih di
pipi abah melihat Qasih di hadapan
matanya. Sedang leka Qasih berbual
bersama abah, tiba-tiba rumah Kak Liya, dikunjungi sepasang suami isteri. Kasih perhatikan mereka dan mengalih
pandangan ke wajah abah.
“Qasih…
mai kat abah sat…” Qasih yang berdiri tidak jauh dari situ, datang menghampiri
abah sambil melemparkan senyuman kepada pasangan suami isteri tersebut. Dalam hati Qasih berkata `ehh… bukan depa ni
ka… yang ada sama masa mak meninggal?’
“Qasih,
abah minta maaf naa… mungkin apa yang abah nak habaq kat Qasih ni,akan
mengguriskan hati dan perasaan Qasih…” sambil memandang, abah memegang tangan Qasih
dengan kuat sekali. Qasih terdiam,
begitu juga yang lain. Kak Liya dan Abang Tam juga diam. Dari jauh kelihatan Abang Sudin sedang
memandang Qasih dengan senyuman sinisnya.
“Abah,
habaqlah. Janganlah buat Qasih rasa
bersalah dengan abah. Abah ada rahsia
yang hendak beritahu Qasihkan?” balas Qasih.
Berkerut wajah abah. Seperti besar masalah abah. Kasih perhatikan juga pasangan suami isteri
itu. Jelas, raut wajah mereka juga
kelihatan keresahan. `Rahsia apakah
ini?’
“Qasih…
sebenaqnya depa berdua ini…” belum
sempat abah menghabiskan ayatnya, Qasih terlebih dulu bersuara.
“Depa
ni, mak bapak Qasihkan? Depa ni, yang buang Qasihkan? Depa ni, yang buang Qasih
tepi longkangkan? Selama ni, memang betoila… apa yang Abang Sudin dok habaq kat
Qasihkan?” Bercucuran airmata Qasih. Tersekat-sekat suara Qasih menahan getar
airmata yang mengalir. Semuanya terdiam. Ternganga mulut Abang Sudin. Entah
dari mana, Kak Liya datang mententeramkan keadaan.
“Abah
tau tak selama ni apa yang Qasih nak tanya kat abah ” balas Qasih sambil
memegang tangan abah. “ Qasih hendak tahu sangat betui ka Qasih ini anak abah?
Pasai apa, nama abah tak sama dengan nama yang tertulis di dalam kad pengenalan
Qasih. Tapi Qasih pendam, Qasih tak mau susahkan hati sesiapa,” terang Qasih
dengan suara yang tersekat-sekat.
“ Kasih tau, sampai la…
ni, Abang Sudin bencikan Qasih, kerana Qasih… Abang Sudin rasa terpinggir… kan.
Abang Sudin?” balas Qasih sambil mengalihkan pandangannya kepada Abang Sudin.
Abang Sudin bisu seribu
bahasa, padahal selama ini suara dialah yang paling lantang memanggilnya anak
pungut. Sehingga hari ini Qasih tidak pernah lupa walau sepatahpun perkataan
yang Abang Sudin selalu sebut. `Anak pungut’ ya… `anak pungut’.
“Astarafirullah Qasih… jangan dok kata lagu tu, tu
semua tak betoi.” Abah kembali bersuara. “Sebenaqnya, Qasih cucu abah… dan
lelaki ni… “ sambil menunjukkan lelaki yang berdiri sebelah abah, “lelaki ini
anak abah dan perempuan ini pula menantu abah”
jelas abah.
“Keluarga Qasih
dulunya hidup susah, adik beradik Qasih ramai. Abah dan mak tak sanggup melihat
keadaan mereka, kebetulan Kak Liya hang dok merengek nakkan adik perempuan. Pada
masa yang sama, anak abah yang dok kat Selangor talefon kata menantu abah dah
selamat melahirkan anak perempuan. Itu sebabnya abah dan mak hang ke sana. Ambik
Qasih dan bela dia sebagai anak sendiri. Perkara ini cuma Kak Liya hang sorang
saja yang tau,” panjang lebar abah menjelaskannya lagi.
Penjelasan abah
itu membuatkan semua yang berada di dalam rumah itu terperanjat. Termasuklah Abang
Long, Abang Ngah, Abang Tam dan juga Abang Sudin. Masing-masing terkejut dengan
penjelasan abah. Kak Liya Cuma tersenyum memandang Qasih. Qasih segera memeluk
abah. `Terima kasih abah. Qasih sayang abah sampai bila-bila.’
Langgan:
Catatan (Atom)