Jumaat, 21 Mac 2014

KISAH ANAK KECIL

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang bernafas di dunia ini.
"Apakhabar semua?"
"Sihat. Alhamdulillah."

Ada satu kisah untuk dikongsikan.

Sedang aku berjalan menuju ke pasar borong melalui celah lorong yang biasa aku lalui. Tiba - tiba kedengaran suara anak kecil menangis.

"Kenapa pulak ni dik? Kenapa nangis?"

"Lapar," kata budak kecil itu sambil memegang tanganku.

"Mak mana? Ayah? Appa? Amma?" Soalku bertubi - tubi.

"Tarak. Kakak, lapar. Roti canai sama milo. Boleh kakak?"

Aku pandang wajahnya. Merah matanya. Mungkin sudah lama menangis. Dalam hati sudah berkira - kira hendak beri duit sahaja. Tapi timbul pula rasa ragu. Betul ke dia lapar? Nanti bila sudah dapat duit, lain pula jadinya. Lantas aku mengambil keputusan mengajaknya mengikut aku ke gerai Abang Mat yang terletak di medan selera pasar borong.

"Abang Mat!" laungku.

Abang Mat yang leka mengira duit menoleh ke arahku sambil tersenyum hingga menampakkan giginya yang kekuningan.

"Kenapa dengan kau ni? Nak makan mintalah dengan budak aku tu. Panggil aku buat apa?"

"Saja. Rindu ngan Abang Mat " selorohku. " Tak adalah, tu.. kat meja depan tu, ada anak siapa tak tau? Lapar katanya. Abang Mat bagilah apa dia nak makan. Saya nak naik atas cari barang." sambungku lagi.

"Okay. Baiknya adik Abang Mat ni, " balasnya sambil melepaskan tumbukkan ke bahuku.

Memang inilah kebiasaan yang aku terima daripada Abang Mat setiap kali aku ke gerainya. Aku tinggalkan budak itu dan segera naik ke atas untuk mencari barang keperluan untuk perniagaanku.

Sekembalinya ke gerai Abang Mat. Aku tercari - cari kelibat budak tadi. Sudah tiada. Lalu aku terus mencari Abang Mat semula.

"Abang Mat, mana budak tadi. Berapa ringgit dia makan?"

"Kau tak nak makan ke?" tegur Abang Mat "

Aku geleng kepala. "Cepatlah Abang Mat. Berapa?"

"20 ringgit "

"Amboi, mahalnya. Dia makan apa? Berapa hari tak makan?" soalku.

"Segalanyalah. Makan dengan bungkus sekali "

"Tak apalah Abang Mat. Rezeki dia. Insya Allah, rezeki saya, pahala." balasku sambil menghulurkan wang kertas Rm 20.

Ikhlas memberi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan