NORFADZILA
ENTRY
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
ENTRY
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Bertemu dengan anak bujang saya yang lebih kurang sebulan lebih tidak berjumpa dengannya mengundang berbagai cerita darinya. Sepanjang perjalanan menghantar dia ke tempat latihan futsalnya, semalam.Dia bercerita seolah-olah esok atau lusa tak akan berjumpa lagi dengan saya, ibunya. Nampak sangat ibunya, orang yang telalu sibuk. Tak juga, mungkin dia yang akan sibuk dengan latihan demi latihan oleh pihak pengurusan kelab futsal yang dia ikuti.
Di sekolah vokasionalnya pula, dia salah seorang pemain bolasepak mewakili sekolahnya. Bermain di dua posisi, iaitu sebagai penjaga gol dan di bahagian pertahan posisi kiri dan ada masanya ke posisi kanan.
Bercerita mengenai latihan yang padat sehingga sakit kaki dan sakit badan. Saya sebagai ibunya, hanya mampu berkata… “dah itu yang abang suka dan minat. Abang mana boleh mengeluh. Usahalah, mana tahu suatu hari nanti boleh jadi salah seorang pemain Malaysia dalam arena bolasepak. Siapa sangka?”
Dalam masa yang sama sempat dia menyelit bercerita mengenai keputusan peperiksaan bagi semester kedua yang lepas.
“Ibu, pointer turun sikit je.”
“Hah! Tu lah. Asyik main je kan. Sampai tak ingat nak ulangkagi pelajaran.” Ibunya apa lagi terus membebel tanpa henti.
“Ibu ni… sikit je lah. Dulu masa semester satu abang dapat 3.6 point. Semester kedua 3.5 point. Kalau di campur kedua-dua tu kemudian dibahagi dua. Masih tinggi lagikan,” terangnya.
“Makanya, sebab itu ibu suruh belajar. Jangan bagi poiter tu jatuh. Mana tahu esok-esok anak ibu boleh sambung belajar kat `U’,” jelasku lagi.
“Ibu, minggu lepas. Abang masuk larian merentas desa. Abang dapat no. 10. Olahraga tak tahu lah nak masuk ke tidak? Masa latihan dia sama dengan latihan bolasepak,”keluhnya lagi.
“ Satu-satulah abang, jangan nak pulun semua. Nanti yang sakit siapa? Abang jugakan. Nanti semua abang tak dapat main,” tegurku.
“Ibu, dah sampailah. Nanti masuk simpang kiri tu. Nanti abang call ye, ibu datang ambil tau,” arahnya.
Apalagi yang boleh saya jawab waktu itu, melainkan menganggukkan sahaja. Demi seorang anak, ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya.
Doa saya, agar suatu hari nanti dia menjadi anakyang berjaya di dalam bidang yang dia ceburi dan sentiasa ingat akan jasa-jasa orang tuanya.
Aamiin
Sekian terima kasih kerana sudi membacanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan