`Sunyinya…’ bisik Qasih.
Qasih yang sedari tadi mengelamun di jendela, segera beredar menuju ke meja
tulisnya. Bingkai gambar yang terletak di penjuru meja dipegangnya. Jelas
kelihatan raut kedua insan yang disayanginya, yang mana telah membesarkannya ibarat
semata wayang. Qasih menyeka air jernih
yang mula bertakung di kelopak matanya.
`Abah, mak, Qasih rindu sangat…’ bisik Qasih lagi. Dalam leka mengulit
kenangan dia terdengar suara anak kecil
di luar jendela rumahnya bersama seorang lelaki tua. Tatkala matanya terpandang kemesraan mereka,
ingatannya terhadap kedua orang tuanya kembali bertandang satu persatu di
hadapan mata.
*******
Suasana
rumah yang agak lengang pada cuti hujung minggu, memberi peluang abah untuk
bermesra dengan Qasih. Mak masih di
dapur menyediakan makan malam,manakala abang-abangnya dan Kak Liya
masing-masing di dalam bilik mereka. Abah dan Qasih pula duduk berehat di ruang
tamu sambil menonton televisyen.
Abah dan mak sentiasa memanjakan Qasih, begitu juga dengan Kak Liya dan abang-abangnya yang lain. Apa sahaja yang di ingini oleh Qasih pasti mereka cuba penuhi. Begitu juga dengan kehendak Abang Sudin. Malah semua anak-anak abah akan mendapat apa yang mereka minta selagi abah dan mak mampu untuk menyediakannya.
Abah dan mak sentiasa memanjakan Qasih, begitu juga dengan Kak Liya dan abang-abangnya yang lain. Apa sahaja yang di ingini oleh Qasih pasti mereka cuba penuhi. Begitu juga dengan kehendak Abang Sudin. Malah semua anak-anak abah akan mendapat apa yang mereka minta selagi abah dan mak mampu untuk menyediakannya.
“Hang, pasai apa Qasih?
Dari tadi abah dok tengok, hang lagu cacing kepanasan saja, awatnya?” soal
abah.
`Aikk, abah perasaan
ka?’ hatinya berkata. Qasih menoleh
memandang abah. Dari jauh dia merenung
wajah abahnya. Qasih bangun dan menghampiri abah, dalam hatinya sudah tersusun
ayat yang ingin disampaikan kepada abah. Qasih menelan air liurnya. Sekali… dua
kali dan ahkirnya.
“Abah, betoi ka apa
yang Abang Sudin dok habaq kat cheq…?” belum sempat Qasih menghabiskan
pertanyaannya, abah terus bersuara.
“Abang Sudin hang habaq
apa?” abah menyoal sambil matanya masih memandang ke arah televisyen.
“Abang Sudin habaq…
habaq…”
“Habaq apa? Dari tadi
dok habaq… habaq…” balas abah lagi.
Kasih yang terkejut
dengan jerkahan abahnya dengan pantas menjawab, “ Dia habaq, Qasih comey, anak
mata Qasih warna coklat cair macam mata penyanyi Noorkumalasari, kulit Qasih
putih… tak macam dia, hitam.” Balas Qasih.
`Fuhhh lega, mana
datangnya idea dia membalas sergahan abah tadi,’ bisik Qasih lagi. Abah yang
mendengar jawapan Qasih terus ketawa tak henti. Qasih juga tersenyum memandang
abah.
“Itu aja, yang dok
pikiaq sangat? Tok sah dok pikiaqlah, apa yang Abang Sudin hang dok kata tu…”
sindir abah.
“Abah, kalau macam tu…
abah belanja sate, boleh? Dah lamalah tak makan sate,” pujuk Kasih.
“Oooo… nak makan sate
rupanya, pi habaq kat mak… tok sah dok masak banyak. Sat ni kita pi beli. Ni
pun dah nak maghrib,” balas abah sambil membelai rambut Qasih yang ditiup kipas
angin.
*******
Abang Sudin sentiasa
mencari sebab untuk membuli Qasih. Qasih akan menangis, jika tidak tahan dibuli
oleh abangnya. Bukan abangnya saja yang
mengusik, nanti semua kawan Abang Sudin pun turut sama mengusiknya. Bila
disergah oleh jiran-jiran, barulah mereka berhenti. Begitulah seterusnya hingga Qasih memencilkan
diri di dalam rumah sahaja.
Kasih
masih ingat lagi… pernah suatu malam, ketika Qasih… Kak Liya dan Abang Sudin mengaji Al-Quran di
rumah tok wan yang berada di tingkat satu.
Tok wan yang sedang leka mengajar Kak Liya mengaji, tiba-tiba terdengar Qasih
menangis sekuat hati. Sehingga tok wan
terpaksa berhenti mengajar Kak Liya mengaji dan tergesa-gesa berlari menjenguk Qasih.
“Huu…
huu… huu… Abang Sudin jahat… Abang Sudin jahat. Dia kata, Qasih anak pungut.
Betoi ka… tok wan?” mengadu Qasih kepada tok wan.
“Sudin!
Hang mai sini… awat yang hang dok ketegaq sangat ni! Hang tau tak, ni adik
hang? Yang hang sibuk dok pi kata dia anak pungut tu pasai apa?” marah tok wan.
“Mana
ada tok wan, memang dia anak pungut apa? Masa mak ngan abah pi Kuala Lumpoq,
perut mak kempis. Tup, tup… bila balik
mai, abah ngan mak dok dukung budak kecik.? Budak ni lah.” Jawab Abang Sudin
sambil menunding jari ke muka Qasih.
“Dah
naa… Qasih, jom kita balik. Kita pi habaq kat abah naa. Biaq abah pukui Abang
Sudin” nasihat Kak Liya.
Abang
Sudin tetap tidak berpuas hati, malah masih sempat lagi mengusik adiknya. Di angkat kedua-dua tapak tangan, dan di
letaknya di tepi telinga.
Dikibas-kibasnya tangan ibarat telinga gajah yang sedang mengibas sambil
menjerit.
“Qasih
anak pungut yeh… Qasih anak pungut yeh… jumpa tepi longkang yeh.” Diulang beberapa
kali, sehinggakan kawan-kawan Abang Sudin pun ikut serta berlagu.
“Hang
tak pa Sudin. Hang tengok sat ni, aku
habaq kat abah. Biaq hang kena pukui
ngan tali pinggang hitam abah tu. Baru
hang nak tau kot, hang tak ingat ka… apa abah dok pesan kat kita?” berleter Kak
Liya sepanjang menaiki tangga untuk balik ke rumah.
Sepanjang
menaiki tangga, Qasih menangis tersedu-sedan.
Puas dipujuk oleh kakaknya, tetapi
tidak juga Qasih berhenti menangis. Habis semua jiran menjenguk dari
pintu rumah mereka. Sampai saja di rumah
dan belum sempat Kak Liya hendak memanggil mak, terdengar suara abah dari dalam
bilik menjerit menyoal Kak Liya mengapa Qasih menangis.
“Ni…
awat yang dok teriak, macam orang kena tibai ni. Sapa pulak yang dok usik adik hang ni, Liya?”
tanya abah.
“Sudin…
abah. Dia yang dok usik Qasih, orang dok elok-elok mengaji, dia pi dok ejek Qasih. Qasih bukan dok usik dia pun. Dia tu dok sibuk kata Qasih anak pungut.
Sampai tok wan marah pun, Sudin dok ejek dia lagi, abah.” mengadu Kak Liya.
Abah
yang memang panas hati dengan perangai Abang Sudin terus masuk ke dalam bilik.
Keluar saja dari bilik, di tangan abah terdapat seutas tali pinggang
hitam. Tali pinggang itu, abah selalu
guna bila abah berpakaian seragam polis.
Digulungnya tali pinggang itu sambil menjerit memangil Abang Sudin. Nampak saja kelibat Abang Sudin, abah dengan
lantangnya bersuara.
“Hey…
Sudin! Hang mai sini sat. Berapa kali
aku nak habaq kat hang.? Berapa kali
hang nak kena pukoi ngan aku? Hang tak
serik no… awat yang hang dok ketegaq sangat ni? Hang tau dak, Qasih tu adik
hang?” Sambil menghayun tali pinggang itu ke belakang badan Abang Sudin.
“Aduh…
sakit abah!” Jerit Abang Sudin.
“Abah…
sakit, mak tolong Sudin!” Jerit Abang Sudin lagi. Merintih suara Abang Sudin ketika itu.
“Hang
nak ejek adik hang lagi? Hang nak kata yang bukan-bukan kat dia lagi? Hang
habaq mai kat aku la ni, Qasih tu sapa?” laung abah.
Masih
terdengar esakkan mak di penjuru bilik sambil berkata… “sudahlah abahnya… depa
budak kecik lagi, tak tau apa-apa.”
Qasih, binggung dan dia
masih dapat menangkap apa yang di maksudkan dengan `depa budak kecik lagi, tak
tau apa-apa’. Dia menyimpan niat, satu
saat akan dirungkaikan juga apa yang dimaksudkan oleh maknya itu.
*******
Masa terus berlalu dan
usia mereka pun meningkat dewasa. Semenjak peristiwa itu, Abang Sudin tidak
lagi berani mengusik Qasih, malah hubungan Abang Sudin dengan Qasih tetap
dingin. Puas Qasih cuba untuk menghampiri Abang Sudin, namun tak pernah
diendahkan. Sebaliknya antara Qasih dan abangnya yang lain dan Kak Liya tetap baik
seperti biasa.
Abah pula telah tamat
perkhitmatannya sebagai anggota polis. Ketika Qasih berusia lima belas tahun,
Mak telah pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Bertambah bencilah lagi Abang Sudin terhadap Qasih.
Qasih masih ingat lagi, pada malam yang ke empat puluh hari, semasa abah
membuat kenduri arwah untuk mak, Qasih di dalam bilik… datang Abang Sudin
sambil memegang lengennya dan bersuara,
“Hang
ingat Qasih, sampai bila pun… hang bukan adik aku… dan hang tetap anak pungut
yang abah jumpa kat tepi longkang.” Tegas suara Abang Sudin.
Jelas terpancar api
kebencian di wajahnya. Ini mengingatkan Qasih
pada suatu peristiwa dimana waktu itu, Qasih hanya tinggal berdua bersama
maknya. Sambil mencabut uban di kepala maknya, Qasih pun bersuara…
“Mak… mak tahu tak pasai apa nama abah adik Syamsudin,
bukannya Nordin?”
“Qasih, kan abah dah cakap… abah kerja polis. Poliskan kena menyamar, sebab tulah namanya
perlu banyak,” balas maknya sambil memalingkan mukanya melihat Qasih.
“Tapikan mak, Abang Sudin selalu cakap… yang Qasih ni
cuma anak pungut ja. Kutip kat tepi longkang?”
“Pandai betui Abang Sudin hang kan. Nanti mak marahkan
dia na?” jawab mak sambil membelai rambut Qasih. Serta merta mak memeluk Qasih dan mencium
kedua-dua belah pipinya.
Jawapan mak sama sekali tidak menghalang Qasih untuk mengetahui kisah sebenarnya.
Kenapa dan mengapa Abang Sudin tidak seperti abang-abangnya yang lain.
Kesihatan abah pula mengganggu hati Qasih. Suasana
rumah yang sunyi mungkin membuatkan abah teringat kepada isterinya. Dari dalam
bilik abah, Qasih terdengar namanya dipanggil.
Berlari Qasih mendapatkan abah yang terlantar di atas katil. Selepas mak
meninggal, sakit abah menjadi-jadi. Kencing manis abah pada tahap kritikal dan
abah sudah tidak mampu berjalan. Kini abah hanya mampu duduk dia atas kerusi
roda sahaja.
“Qasih…
boleh Qasih janji dengan abah?” kedengaran sayu suara abah.
“Janji
apa abah?”
“Janji
dengan abah, besaq nanti Qasih jadi polis na. Pegawai Polis.” terbatuk-batuk
abah untuk menghabiskan perkataan yang hendak disampaikan.
“Insya
Allah abah…” jawab Qasih sambil memandang abahnya. Dalam hati kasih berbisik
`andai Qasih bukan anak abah pun, akan Qasih sayang abah sampai bila-bila.’
Hari
berganti hari, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Qasih membesar
sama seperti anak gadis yang lain.
Ketika umur Qasih menjangkau 17 tahun, hidup Qasih seakan terbiar. Kasih kekurangan kasih sayang dan
perhatian. Bukan kerana kesempitan
hidup, cuma terpaksa berpisah dengan abah.
Abah dan Abang Sudin tinggal bersama Kak Liya dan Qasih terpaksa tinggal
bersama Abang Tam di utara.
Suatu
hari, Abang Tam sekeluarga serta Qasih ke rumah Kak Liya di Kuala Lumpur. Gembira bukan kepalang Qasih, bila dapat
melihat abah. Mengalir air jernih di
pipi abah melihat Qasih di hadapan
matanya. Sedang leka Qasih berbual
bersama abah, tiba-tiba rumah Kak Liya, dikunjungi sepasang suami isteri. Kasih perhatikan mereka dan mengalih
pandangan ke wajah abah.
“Qasih…
mai kat abah sat…” Qasih yang berdiri tidak jauh dari situ, datang menghampiri
abah sambil melemparkan senyuman kepada pasangan suami isteri tersebut. Dalam hati Qasih berkata `ehh… bukan depa ni
ka… yang ada sama masa mak meninggal?’
“Qasih,
abah minta maaf naa… mungkin apa yang abah nak habaq kat Qasih ni,akan
mengguriskan hati dan perasaan Qasih…” sambil memandang, abah memegang tangan Qasih
dengan kuat sekali. Qasih terdiam,
begitu juga yang lain. Kak Liya dan Abang Tam juga diam. Dari jauh kelihatan Abang Sudin sedang
memandang Qasih dengan senyuman sinisnya.
“Abah,
habaqlah. Janganlah buat Qasih rasa
bersalah dengan abah. Abah ada rahsia
yang hendak beritahu Qasihkan?” balas Qasih.
Berkerut wajah abah. Seperti besar masalah abah. Kasih perhatikan juga pasangan suami isteri
itu. Jelas, raut wajah mereka juga
kelihatan keresahan. `Rahsia apakah
ini?’
“Qasih…
sebenaqnya depa berdua ini…” belum
sempat abah menghabiskan ayatnya, Qasih terlebih dulu bersuara.
“Depa
ni, mak bapak Qasihkan? Depa ni, yang buang Qasihkan? Depa ni, yang buang Qasih
tepi longkangkan? Selama ni, memang betoila… apa yang Abang Sudin dok habaq kat
Qasihkan?” Bercucuran airmata Qasih. Tersekat-sekat suara Qasih menahan getar
airmata yang mengalir. Semuanya terdiam. Ternganga mulut Abang Sudin. Entah
dari mana, Kak Liya datang mententeramkan keadaan.
“Abah
tau tak selama ni apa yang Qasih nak tanya kat abah ” balas Qasih sambil
memegang tangan abah. “ Qasih hendak tahu sangat betui ka Qasih ini anak abah?
Pasai apa, nama abah tak sama dengan nama yang tertulis di dalam kad pengenalan
Qasih. Tapi Qasih pendam, Qasih tak mau susahkan hati sesiapa,” terang Qasih
dengan suara yang tersekat-sekat.
“ Kasih tau, sampai la…
ni, Abang Sudin bencikan Qasih, kerana Qasih… Abang Sudin rasa terpinggir… kan.
Abang Sudin?” balas Qasih sambil mengalihkan pandangannya kepada Abang Sudin.
Abang Sudin bisu seribu
bahasa, padahal selama ini suara dialah yang paling lantang memanggilnya anak
pungut. Sehingga hari ini Qasih tidak pernah lupa walau sepatahpun perkataan
yang Abang Sudin selalu sebut. `Anak pungut’ ya… `anak pungut’.
“Astarafirullah Qasih… jangan dok kata lagu tu, tu
semua tak betoi.” Abah kembali bersuara. “Sebenaqnya, Qasih cucu abah… dan
lelaki ni… “ sambil menunjukkan lelaki yang berdiri sebelah abah, “lelaki ini
anak abah dan perempuan ini pula menantu abah”
jelas abah.
“Keluarga Qasih
dulunya hidup susah, adik beradik Qasih ramai. Abah dan mak tak sanggup melihat
keadaan mereka, kebetulan Kak Liya hang dok merengek nakkan adik perempuan. Pada
masa yang sama, anak abah yang dok kat Selangor talefon kata menantu abah dah
selamat melahirkan anak perempuan. Itu sebabnya abah dan mak hang ke sana. Ambik
Qasih dan bela dia sebagai anak sendiri. Perkara ini cuma Kak Liya hang sorang
saja yang tau,” panjang lebar abah menjelaskannya lagi.
Penjelasan abah
itu membuatkan semua yang berada di dalam rumah itu terperanjat. Termasuklah Abang
Long, Abang Ngah, Abang Tam dan juga Abang Sudin. Masing-masing terkejut dengan
penjelasan abah. Kak Liya Cuma tersenyum memandang Qasih. Qasih segera memeluk
abah. `Terima kasih abah. Qasih sayang abah sampai bila-bila.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan