Pagi
tadi, memandangkan tidak berniaga aku menjalankan aktiviti biasa aku
iaitu berjoging. Tiada teman yang mengiringi aku, tapi aku percaya masih
ada yang memerhatikan aku dalam diam yang sentiasa menemani aku. Aku
percaya itu. Selepas jogging, aku singgah sarapan pagi di tempat biasa
aku sarapan. Sedang leka, sambil makan sambil jeling ke arah telefon
bimbit yang nyata di dalamnya adalah laman muka buku. Sambil tersenyum aku membaca status-status dari sahabat.Tiba-tiba aku terdengar suatu suara menegurku.
"Hai... pagi lagi kau kat sini... sorang pulak tu.Tak niaga ke?"
"Assalamualaikum Abang Rahim, laaa... siapa kata sorang, ada tiga orang
la ni ngan saya. Abang Rahim tak tau ka,?" balasku kembali.
"Hang ni mengigau apa, mana ada tiga orang... yang aku nampak hang ja," jawab Abang Rahim sambil memesan makanan.
Aku pandang Abang Rahim. Aku tenung muka dia. Orang tua ni tak tahu ke
apa? Kang kalau aku cakap kata aku melampau pulak. Tak pa...tengok dia
kata apa. Ngomelku sendirian.
"Betul Abang Rahim tak tau ni?" tanyaku lagi. Dia mengelengkan kepalanya
"Okay, yang dua orang tu yang sentiasa ada sebelah kanan dan kiri kita.
Memanglah abang tak nampak, tetapi dia selalu nampak kita... dia catit
apa yang kita lakukan sepanjang hari. Abang tahu tak siapa?" tanyaku
lagi.
"Ya... Abang tahulah. Raqib dan Atiq," jawabnya. Aku cuma tersenyum memandangnya. Tapi ada lagi pertanyaan dia rupanya.
"Dila, yang seorang lagi tu sapa?" tanyanya sambil menghirup teh panas yang berada di hadapannya.
"Abang Rahim ni kan... kalau saya cakap jangan kata saya loyar buruk
pulak ye. Habis yang depan saya ni siapa? bukan orang ke?" jawabku
sambil tersengeh-sengeh memandangnya. Abang Rahim garu kepala.
"Hang kan... memang saja nak kena aku apa?" sambil ketawa gelihati.
"Betullah kan...?" jawab aku sambil bangun ingin pergi.
"Tak apa Dila, abang belanja kau hari ni... sebab kau dah jadi ustazah kat abang pagi-pagi ni.?"
"Abang, betul ke... terima kasih. Moga rezeki abang bertambah lagi ye," kataku sambil memohon pergi.
itulah kisahnya. lepas balik... bawakan sarapan untuk seisi rumah. mandi dan tidur.
“ Gerak-geri manusia dan perkataannya dicatat oleh para malaikat dalam
Al Quran Qaaf 50: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya", "(iaitu) ketika dua orang malaikat
mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain
duduk di sebelah kiri". "Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya
melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (Qaaf 16 -
18.)
Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan