Nur Dila,
seorang yang agak NAKAL, UNIK, RIANG, juga seorang yang DINAMIK,
berINOVASI, LEMAH LEMBUT, itu tak tahu nak cakaplah. Ye ke lembutnya dan
seorang yang AMANAH. Entah ye ke tidak. Tak tahu le tu.
N - NAKAL
U - UNIK
R - RIANG
D - DINAMIK
I - INOVATIF
L - LEMAH LEMBUT
A - AMANAH
Nama saya Norfadzila binti Mahauddin. Dilahirkan pada 09/06/1972 di Kerling, Selangor. Di besarkan oleh datuk, di kuartes Polis di Sungai Dua, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Cina, Sungai Dua, Pulau Pinang sehingga darjah 4. Kemudian menyambung persekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Rasa, Hulu Selangor di kampung nenek iaitu Rasa, Hulu Selangor. Seterusnya Sekolah Menengah Selayang Baru dari tahun 1985-1987. Sambung lagi belajar di Sekolah Menengah Kuala Perlis dari tahun 1988-1989.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Kedah dalam jurusan Civil And Structure pada tahun 1990/1992. Semasa di sini saya terlibat dalam kokurikulum beruniform iaitu PSTD atau nama penuhnya Pasukan Simpanan Tentera Darat. Memengang nombor 6041738. Banyak kenangan di sini. Macam dalam cerita Ali Setan tu... hahahahahaha.
Selepas lulus dengan cermerlang, bermulalah fasa pekerjaan. Berkerja di Rimman Internasional Berhad sebagai pelukis pelan Elektical. Nampak tak? Belajar lain dapat kerja yang berlainan bidang yang di pelajari. Mana ada orang dapat peluang begitukan. Alhamdulillah... saya ada pengalaman itu. Setahun kemudian saya berpindah tempat kerja atas arahan pihak Mara. Pekerja yang baik dan menepati segala bentuk disiplin selalunya mendapat perhatian .
Atas arahan dari pihak mara saya menerima tawaran bekerja dengan sebuah company yang besar iaitu Arup Jururunding Sdn. Bhd, juga sebagai pelukis pelan di bahagian Civil dengan gaji permulaan Rm 700.00 sebulan pada tahun 1992. Rasa bangga masa tu. Menjadi salah seorang pelukis pelan untuk projek pembinaan Penjara Sungai Buloh, Kuala Lumpur City Center, dan banyak lagi.
Kemudian pada tahun 2001 saya berhenti dari Arup Jururunding. Kemudian menyertai company Erinco Sdn. Bhd. lebih kepada pembentungan dan saliran. Lukisannya lebih kepada tangki air, saluran paip air, pembentungan dan rumah pam.
Kerana tekanan kerja saya mengalami gangguan urat saraf selama 6 bulan dan akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja yang pada ketika itu gaji saya sebanyak Rm 2700 sebulan. Besarkan.
Kemudian menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebenarnya suami saya dulu yang memulakan perniagaan ini. Dia yang bekerja sebagai ketua Juru Ukur lebih meminati ke arah perniagaan. Maka lahirlah Restoran Rambo Tomyam pada tahun 1994, sebulan selepas perkahwinan saya.
Dalam masa yang sama saya pernah terlibat dengan perniagaan jualan langsung seperti Avon, Cosway dan yang paling ahkir Zhulian sehingga mendapat pangkat sebagai executive. Menyertai banyak kelas motivasi. Tapi terpaksa berhenti dari terus menyertai kerana terikat dengan perniagaan sendiri. Sebenarnya, perniagaan jualan langsung, bagi saya satu batu loncatan dalam perniagaan, sebabnya untuk menyakinkan orang mengenai produk kita bukannya mudah. Pada saya masa itu, produk yang senang untuk saya menarik orang menyertai Zhulian adalah barang kemasnya. Tiptop saya punya point masa tu... hahahahaha... itulah kenangan saya yang paling manis.
Bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah. Sediakan payung sebelum hujan. Itulah yang terjadi pada perniagaan saya. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Ingat! satu jari menunding ada empat lagi jari ke arah kita. Hahahahaha... Pada tahun 2010. Perniagaan saya gagal, ranap, punah. Satu apa pun tak tinggal, ada la... lesen perniagaan dari MPS. Saya redha dan tabah, ini semua ketentuan dan ujian dari Allah yang maha berkuasa.
Alhamdulillah, berkat kesabaran saya ahkirnya pada tahun 2011, tanggal 9 january... dengan izin-Nya maka lahirlah D' Chief Tomyam Seafood. Alhamdulillah sekali lagi, sehingga kini berjalan lancar walaupun ada kalanya terjelius juga.
Kegemaran saya dalam bidang bacaa. Mestilah baca novel, tak kiralah grane apa semua saya baca. Buku Ilmiah pun saya baca juga... oh tak lupa Al-Quran ini, mestilah baca.
Matlamat saya, moga impian saya dalam bidang penulis termakbul. Dan di samping itu ingin menambah kawan dan merapatkan silaturrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan