Selasa, 18 Mac 2014

TAJUK : PENGALAMANKU BERSAMA ASKAR WATANIAH REJ 509 (PSTD)
ENTRY :
SABAR YE, KISAHNYA.


Pertama kali menjejak kaki ke Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani, Kedah. Begitu mengghairahkan. Semangat untuk menyambung pelajaran begitu membuak-buak di hati, di samping itu dapat menambah rakan-rakan dari negeri yang berlainan. Selasai hari pendaftaran kelas, asrama dan sebagainya. Rasa sedih menyelubungi pabila ahli keluarga yang menghantar aku ke sini bakal meninggalkan aku. Bertekad dalam hati kejayaan akan aku perolehi.



Minggu pertama selepas pendaftaran masuk ke Instutut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Kedah. Pelajar semua di minta memilih salah satu kokurikulum yang mereka minati. Aku tanpa membuang waktu terus memilih Pasukan Simpanan Tentera Darat atau nama singkatannya PSTD. Bermula dari situlah nombor gelaran aku terima menggantikan panggilan nama. Bermulalah episode baru. Suka dan duka bila berada di dalam Plantun 1 Askar Wataniah Rejemen 509. Latihan yang di terima sama seperti askar pelatih.

“6041738!”

“Ya Tuan”

“6041738!” laung Sarjan Ismail sekali lagi.

Aku yang masih leka dengan anganku tetap menyahut, “ Ya Tuan” dengan kuat sekali.

“Hantu raya hang! Turun 100 kali.”

Aku yang waktu itu masih terkial-kial memikirkan apa salahku, tanpa membuang waktu terus melakukan tikam tubi. Dalam waktu yang sama rakanku yang berdiri di sebelah kananku, Rogayah bersuara, “kau ni, lain kali senang dirila bila dia panggil nombor kau tu.”

“Patutlah pun, Sarjan Ismail naik hantu, rupanya aku lupa. Sepatutnya setiap kali nombor kita di panggil, jangan menyahut. Seharusnya senang diri,” ngomelku sendirian.
Itulah salah satu kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan