Rintang-rintang
hati,
menjalar
di antara dua jiwa.
Rintang-rintang
mata,
terasa
betapa dunia milik kita berdua.
BAB
1
“Wahai!
Penyair Bidasari. Jangan kau bertingkah begini! Berpijak di bumi, ikut resmi
padi. Derhaka pada sang guru ya. Kupanggil Hang Tuah, meminjam keris sakti.
Hukuman harus setimpal. Mahaguru tidak dikenali?” gurau suara Puteri Lemah
Gemalai menegur sahabatnya.
“Wahai
Puteri Lemah Gemalai, sanggup kau menikamku dengan keris sakti? Di mana kata
janjimu? Sahabat tetap sahabat. Walaupun pertelingkahan hanya disebabkan jeruk
mangga,” balas Penyair Bidasari sambil membawa diri. `Dagang Pak Malau, dagang
merantau. Dagang aku... terkena santau jeruk manggamu,’ ngomel Penyair Bidasari
sekali lagi.
“Sudah kuagak, Penyair Bidasari berjiwa sensitif? Jiwang karat rupanya. Nampak kasar di luar, sekali puteri mengasari... lari merajuk membawa diri,” usik Puteri Lemah Gemalai membuka bicara. “Bukan kerana jeruk ini wahai Penyair Bidasari. Cuba kau melingas sekali lagi. Pasti kau kenali empunya gerangan yang meminta jeruk ini,” sekali lagi Puteri Lemah Gemalai bersuara.
“Kasih kusulam berbau duka. Duhai puteri, jangan derhaka. Pulangkan semula keris sakti kepada empunya diri. Rajuk ku tiada siapa yang ingin memujuk. Puteri, di manakah menghilangnya Hang Jebat, Hang Nadim, Hang Kasturi dan Hang Lekir? Cuba carikan mereka, agar segera kau temui Hang Jebat. Supaya dapat memujuk hatiku yang sering gundah gelana ini,” begitu lirih suara Penyair Bidasari. Nampak sangat rindunya.
“Sudah kau kata sejarah takkan berulang kembali. Haruskah cerita Hang Tuah dan Hang Jebat berulang kembali?” soal Puteri Lemah Gemalai sambil membetulkan selendang yang menutupi sebahagian rambutnya. “Hang Nadim belum pulang daripada bertapa, Hang Jebat sibuk bertikam lidah dengan Bendahara, Hang Kasturi masih menghadap Sang Raja, menerima titah perintah dan Hang Lekir masih diulit mimpi setelah berjaga dinihari tadi,” sambung Puteri Lemah Gemalai sekali lagi. Kali ini puteri berjalan menuju ke taman bunga yang berdekatan.
Puteri
Lemah Gemalai menyusuri taman bunga itu dengan sebuah lagu. Merdu suara tuan
puteri bak buluh perindu. Bertuah sungguh Hang Tuah memiliki tuan puteri. Lagu ‘Berkorban
Apa Saja’, sungguh luar biasa bunyi, bisa mengeluarkan air dari telaga sakti
bagi yang mendengarnya.
“Sudahlah tuan puteri, sedih pula
hamba mendengarnya. Sudahlah hamba lagi rindukan Hang Jebat yang sehingga kini
belum nampak bayangnya. Atau sudah bencikah Hang Jebat kepada hamba, tuan
puteri?” soal Penyair Bidasari seraya menatap wajah tuan puteri. Namun, yang
terdampar di raut wajahnya hanya sebuah senyuman. Tanpa suara, tuan puteri
pergi meninggalkan Penyair Bidasari keseorangan yang masih menanti jawapannya.
“Sudah
berulang kali kisahnya diulangtayang. Tidak pernah jemu hamba meyaksikannya.
Kerana kasihkan Hang Jebat dan lagu itu... pengubat rindu hamba padanya,” keluh
Penyair Bidasari. Kain kecil yang sentiasa berada di tangannya dibawa ke
telaganya yang hampir pecah.
“Nanti
kupanggilkan Hang Jebat untuk memujuk. Janganlah berduka lagi wahai Penyair
Bidasari. Jeruk ini nanti bertambah kelat dan masam sekali,” nasihat tuan
puteri sambil menghulur jeruk mangga yang sedari tadi berada di pengangannya.
Tiba-tiba suara hulubalang yang bijaksana lagi berani berlawan senjata menegur, “Apa yang tuan puteri dan tuan hamba bualkan. Hinggakan dari tadi Hang Jebat berdiri di belakang tuan hamba tidak disedari.”
Serentak itu tuan puteri berpaling menghadap Penyair Bidasari seraya berkata "Itu Hang Jebat sudah sampai."
Lalu,
Penyair Bidasari tersenyum tidak ketahuan. Rindukan Hang Jebat dan tergesa-gesa
berlari keluar dari taman meninggalkan tuan puteri terpinga-pinga sendirian.
Tahulah kini Hang Jebat, yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tuan puteri
yang mengerti akan kehendak naluri Hang Jebat segera bersuara, “Pergilah kejar,
pujuk… agar rajuknya hilang, biar bertambah sayang,” nasihat tuan puteri kepada
Hang Jebat.
“Biarlah
tuan puteri, lembayung merah sudah kelihatan menerangi dada langit yang
terbentang indah. Biarlah hamba pulang dahulu. Nanti tuan puteri tolong
khabarkan kepadanya… katakan hamba menunggunya di tempat biasa,” balas Hang
Jebat sambil meminta izin untuk kembali ke rumahnya.
Tanpa
menunggu jawapan dari tuan puteri, Hang Jebat sambil mengiringi tuan puteri
berjalan berdua hinggalah tiba di istana tuan puteri. Kelihatan Hang Tuah
sedang menantinya dengan pandangan penuh kasih dan cinta. Sehinggakan timbul
perasaan cemburu di hati Hang Jebat. Bukan dengkikan percintaan mereka, tapi
berharap percintaannya dengan Penyair Bidasari juga begitu.
Hang
Jebat dengan hati yang berbunga riang, sepurnama tidak bertemu kekasih idaman
hati menanti dengan penuh debar. Taman Inderaloka tempat sering mereka bertemu
tatkala menemani Hang Tuah dan Puteri Lemah Gemalai memadu kasih. Daripada
musuh di awal perkenalan hingga kini putik bunga mulai bercambah mekar di
tangkai hati. Meresapi ke jiwa nan sepi. Bak kata pepatah pujangga, dari mata
turun ke hati, begitulah yang sedang dirasai oleh pasangan ini.
Dari
jauh melihat Penyair Bidasari melihat Hang Jebat duduk di atas tunggul kayu
sambil kakinya menguis-guis rumput. Dari wajahnya yang tampan, senyuman manis
dan matanya yang bulat menambahkan keistimewaan di hati Penyair Bidarsari.
Langkah perlahan merapati kekasih hati, tiba-tiba timbul niat jahat di hatinya
ingin mengusik Hang Jebat. Lantas diambilnya anak batu yang kebetulan berada di
tepinya. Belum sempat dia membuat sesuatu, ada suara yang menegurnya.
“Jangan
buang masa, sayang. Kanda sudah lama perasaan yang dinda berada di belakang
kanda…” tegur Hang Jebat membuatkan Penyair Bidasari tersipu malu. Sambil
meyambut huluran tangan Hang Jebat, Penyair Bidasari terdiam tanpa suara.
Genggaman
tangan semakin erat dan dengan rela hati mengikut langkah Hang Jebat sehingga
tiba ke buaian di tengah Taman Inderaloka itu. Suara unggas sayup-sayup
kedengaran memecah kesunyian malam. Ternyata bukan mereka berdua sahaja yang
sedang memadu kasih. Hang Tuah dan Puteri Lemah Gemalai juga setia menemani
mereka.
"Wahai
kanda, dulu dinda pernah bertanya kepada kanda. Kenapa kita harus bertemu di
saat bulan separuh?" soal Penyair Bidasari kepada Hang Jebat sambil
membetulkan selendang yang menutupi rambutnya.
"Kerana kita akan menjadi separuh bila kita bertemu, wahai sayangku Penyair Bidasari," balas Hang Jebat sambil merenung wajah kesayangannya. Tangan yang digenggam semakin erat seperti tidak mahu dilepaskan.
Lafaz
kata yang diluahkan dari bibirnya serta senyuman yang dilemparkan ke arah
Penyair Bidasari membuatkan dirinya terus mencatat apa yang dikatakan oleh Hang
Jebat dalam ingatan. Hang Jebat, dalam kesuraman cahaya yang ditemani cahaya
rambulan mula bermain dengan madah pujangganya.
Desir angin memecah
sunyi,
kicau burung menyeri pagi,
cinta Ilahi cinta hakiki,
pengubat lara duka insani. ~ Hang Jebat.
Kicau burung menyeri pagi,
terbit mentari indah berseri,
sudah kutahu cinta Ilahi cinta hakiki,
yang kuinginkan cinta duniawi,
cinta yang lahir dari hati,
bersemi di sanubari. ~ Penyair Bidasarie
kicau burung menyeri pagi,
cinta Ilahi cinta hakiki,
pengubat lara duka insani. ~ Hang Jebat.
Kicau burung menyeri pagi,
terbit mentari indah berseri,
sudah kutahu cinta Ilahi cinta hakiki,
yang kuinginkan cinta duniawi,
cinta yang lahir dari hati,
bersemi di sanubari. ~ Penyair Bidasarie
“`Cut off’
Okay, cantik dah. Lusa kita sambung latihan lagi sekali dan minggu depan kita
adakan latihan akhir dengan full props.
Saya minta semua sila beri kerjasama dan jaga pemakanan serta kesihatan
masing-masing,” nasihat Cikgu Rogayah selaku guru penasihat dan guru lakon tari
dalam kelab kebudayaan.
“Saya
juga minta kamu Dira, Aizat, Hidayah dan Nazrul selaku watak utama. Tolong ya,
bagi kerjasama lebih sikit dan kamu Dira dan Aizat… tolonglah jangan bergaduh!”
sambung Cikgu Rogayah dalam masa yang sama sempat menepis tangan Aizat yang
ingin menarik tudung Dira.
Sehabis
bicara, Cikgu Rogayah meninggalkan mereka yang masih lagi berada di dalam dewan
sekolah. Rakan yang lain telah lama meninggalkan sekolah memandangkan hari
sudah menganjak ke petang. Hidayah dan Nazrul juga telah meninggalkan mereka.
Kebetulan mereka tinggal berdekatan dan sering berulang-alik dari sekolah
bersama-sama.
“Aizat,
tunggulah Dira. Kita balik sama,” jerit Dira bila melihat Aizat sudah jauh
meninggalkannya di belakang.
Aizat
tidak mengendahkan panggilan Dira, semakin kuat kayuhannya. Dira kebingungan.
Tidak tahu apa yang berlaku pada Aizat. Dia tiada pilihan. Aizat sudah jauh
meninggalkannya. Malas dia hendak mengejar… lagipun hari dah lewat petang.
Memasuki
simpang rumahnya, Mak Tom yang kebetulan berada di bawah pokok mangga terus
menegur anaknya, "Dira, kat atas meja di dapur tu ada kuih. Bawah tudung saji.
Mak cik Senah kau yang bagi. Katanya kuih lompang. Pergilah. Mak dah makan
tadi."
Mendengar
kata-kata emaknya, Dira terlonjak riang. Sudah terbayang kuih lompang
kesukaannya di depan mata. Sungguhpun dia kehairanan, jiran baik
emaknya yang menghantar dan membuatnya, dia tidak peduli. Asalkan kerajinan Mak
Cik Senah membuat kuih tersebut memberi keuntungan dan kekenyangan kepada
perutnya, itu sudah cukup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan