Ahad, 21 September 2014

AL-KISAH LEMPENG KELAPA

Teks : Norfadzila Mahauddin.
Gambar : Sendiri
21/09/2014
Lempeng Kelapa (Sedia menerima tempahan)
Sekali rasa pasti nak lagi.

Terbaca kisah Cik Mon Lempeng di dada laman mukabuku . Aku tersengih seperti sedang menonton rancangan Mr. Bean di kaca televisyen.
Bukan apa, aku teringat Lempeng Kelapa dan Roti Jala yang aku bedal semasa aku dan dia berdating di restoran mamak yang berdekatan tempat pertemuan kami.
'Haaahhh! Lempeng Kelapa,' desah hatiku. Betul-betul mengoda anak tekakku. Sudah beberapa kali air liur aku telan.
Aku capai anak kunci rumah. Bergegas turun ke kedai yang berdekatan dengan rumahku.
"Adik, kelapa parut setengah. Putih je tau," pintaku.
Kelapa parut dalam bungkusan aku jinjing dengan senyum mengembang. Selepas membuat pembayaran, aku kembali ke rumah dengan langkah bergaya.
Baiklah pembaca budiman. Tunggu ya, Cik Dila Katerer hendak mulakan persiapan mengadun dan membakar Lempeng Kelapa.
Tungguuuu.
'Isk! Cameraman ni mana pulok?' Kata hati Cik Dila Katerer.

Adunan sudah sempurna, biarkan seketika. Sementara itu di sini Cik Dila Katerer sertakan resepi dari diari Cik Dila Katerer sendiri.


BAHAN-BAHANNYA :

Setengah biji kelapa parut (ambil yang putih saja)
Satu cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Satu cawan air (lebih kurang)
Sebutir telur ayam (orang lain saya tak tahu mereka guna atau pun tidak)

CARA MEMBUATNYA :

- Satukan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk atau besen kecil dan gaul hingga sebati.
- Tambah air jikalau kelihatan pekat (ha... kalau cair, tak reti tambah tepung)
- Biarkan seketika.
- Panaskan kuali leper ( kalau tak ada, kuali biasa pun boleh)
- Sapukan sedikit minyak dan sendukkan sedikit adunan dan ratakan. Buat bentuk bulat dan masak         dengan api yang sederhana.
- Terbalikkan dan masak lagi hingga garing. Buat cara yang sama sehingga adunan tadi habis.          (Horrey)

Boleh dihidangkan bersama sambal tumis, susu, kuah kari dan gula pun boleh.
Wahai para pengunjung blog yang budiman. Asam Pedas Dila Katerer juga sedia menerima tempahan Lempeng Kelapa. Yang berminat boleh menghubungi pihak kami di talian 
018-3124508. 










1 ulasan: