`SESUNGGUHNYA ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA SELAGI MASIH BELUM
SAMPAI KE HALKUMNYA’
(Hadis
di riwayatkan oleh Al-Tarmizi)
`Bagaimana
jika aku mati dalam keadaan dosa dan masih belum bertaubat?’
`Apakah
aku akan mati dalam keadaan tenang atau dosa-dosaku sedang menghambat aku ke
pintu neraka?’
`Ampunkan
aku Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku.’
`Panas!
Panasss, pedih, pedih! Ya ALLAH!! Hidupkanlah
aku Ya ALLAH. Aku janji Ya ALLAH, hanya
jalan kebaikan yang akan kupilih’
`Mak!
Mak! Kenapa mak nangis?’
`Mak,
mak. Ayu kat mana ni, kenapa bilik Ayu semua warna putih? Mana cadar merah Ayu,
mak?’
`Mak…
mak, kenapa mak diam? Mak marah Ayu, ya?’ terkelip-kelip kelopak mata Ayu
memandang wajah emaknya.
*******
Hujan sejak malam tadi membuatkan pagi ini terasa dingin.
Saodah tidak keluar menoreh, kerana subuh tadi hujan masih lagi membasahi bumi.
Saodah perhati sekeliling rumahnya. Kampungnya, Kampung Pasir yang sudah
bertahun lamanya dia menetap. Di rumah ini jugalah kelahiran anaknya dan di rumah inilah
juga kembali suaminya ke negeri abadi.
Seperti hari-hari sebelumnya, jika tidak menoreh dia
pasti akan termenung di muka pintu rumahnya. Setia menanti kepulangan anak
gadis yang amat dia rindui. Terkelip-kelip matanya memandang jalan kecil di
hadapan rumahnya. Dia tidak punya anak lain, selain si genit itu. Namun kini
hanya Ateh sahaja yang sudi menemani dirinya siang dan malam.
"Ateh, mana ya, anak mak. Sampai sekarang dia tak
pernah balik. Mak rindu sangat kat dia, Ateh. Ateh tak rindu dia?” soal Saodah
sambil membelai kepala Ateh. Ateh kalih pandang apaila namanya disebut. "Ateh, Ateh
pun jangan tinggalkan mak, ya. Kalau Ateh
pun pergi, siapalah yang nak temankan
mak lagi.” Sekali lagi Saodah bersuara. Tangannya tak henti membelai Ateh. Terkelip-kelip mata Ateh. Mengesel-gesel kepalanya di riba Saodah.
Masih tebal diingatannya. Setahun yang lalu,
sekembalinya dia dari menoreh getah di kebun belakang rumahnya. Satu-satunya
harta peninggalan suaminya. Kelihatan anak gadisnya duduk di anak tangga sambil
menongkat dagu. Sayu wajahnya. Sejak beberapa hari yang lepas begitulah sikap
anaknya. Ini semua gara-gara dia tidak setuju dengan keinginan untuk mencari
pekerjaan di kota besar, Kuala Lumpur.
Saat dia menghampiri anaknya, Saodah meletakkan
bakul yang sarat dengan perkakas menoreh dan bekas makanan di bucu tangga
rumah. Duduk di sebelah Ayu. Jari jemari anaknya digamit sambil digenggam,
Saodah mulakan tutur bicaranya.
“Ayu, kenapa ni nak. Dari jauh mak perhati Ayu,
termenung saja?” soal Saodah walaupun dalam hatinya sudah tahu jawapan anaknya.
“Mak, Ayu nak kerja kat K.L. Boleh ye mak?”
“Ayu, setahu maklah, K.L tu luas. Boleh dapatkah? Sedangkan kelulusan Ayu tak sehebat mana,” jelas
emaknya.
“Ala mak ni. Cuba mak tengok, Iffah. Anak Mak Cik
Senah tu, kerja kat K.L cuma sebagai kerani biasa saja, tetapi dah boleh pakai
kereta. Sesekali pulang ke kampung, macam-macam yang dia bawa pulang untuk maknya.
Ayu pun boleh mak. Ayu pun nak lihat mak hidup senang. Tak payah susah-susah
menoreh getah lagi,” pujuk Ayu panjang lebar.
“Ayu, jangan lihat kemewahan orang, nak. Iffah tu
ada kelulusan. Belajar pun pandai. Ayu... apa yang ada,” balas emaknya.
“Ya Ayu tahu tu mak. Tapi, kalau kita tak cuba.
Kita tak tahu di mana untung rugi nasib kita, mak. Boleh ya, mak,” rayu Ayu
sekali lagi.
“Ayu… mak.”
“Alaaaa mak ni. Lagipun Abang Mail dah janji nak
carikan Ayu kerja. Minggu depan dia balik. Katanya kalau ada kerja nanti dia
bagi tahu Ayu. Kalau ada, Ayu pergi ya mak. Boleh ya,” rayunya lagi. Boleh ya.”
Sekali lagi dia memujuk sambil mengenggam erat jari-jemari emaknya.
“Kamu percaya sangat dengan Abang Mail kamu tu?
Jangan mudah percayakan orang nak. Kita tak tahu apa niat dia,” terang Saodah.
“Mak, Ayu kenal Abang Mail tu. Takkanlah dia nak
buat benda-benda tak elok kat Ayu. Dahlah mak, tak baik tau buruk sangka kat
orang. Lebih-lebih lagi, anak kampung ni juga… kan mak.”
Saodah tenung wajah anak gadisnya dalam-dalam. Ayu
membalas pandangan emaknya dengan pandangan sayu. Saodah lemah, apalagi yang
harus dia katakana. “Entahlah Ayu. Kalau itu kata Ayu, pergilah nak,”
balasnya sayu. “Tapi Ayu, ingat pesan
mak ya, jangan pula tinggalkan
solat. Biar macam mana pun, solat tu penting ya, sayang,” pintanya
lagi. Tangan kasar tuanya meraba-raba di segenap raut wajah anaknya.
“Mak… janganlah risau, Ayu ingat. Insya-ALLAH, mak. Ayu janji, setiap bulan… Ayu akan balik jenguk
mak. Mak jangan risau, ya…” janji si
puteri.
*******
Kelab Dangdut Kiambang yang terletak di Jalan Dewan
Sultan Sulaiman sentiasa dipenuhi pelanggan apabila malam menjelma. Ayu dengan
rambutnya, dibiarkan lepas ala-ala Ziana Zain dengan calitan gincu nipis di
bibirnya kelihatan anggun berdiri di pentas. Ayu mengalunkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal daripada artis yang
popular, Ziana Zain sambil menggoyangkan badannya mengikut rentak melodi.
Lontaran suara yang jelas sebutannya serta
lenggokan tubuh badannya menjadi
tumpuan setiap mata yang
memandang dan menjadi kesukaan setiap pengunjung di situ. Boleh dikatakan
hampir tujuh puluh peratus pengunjung di tempat itu adalah dari lelaki melayu. Semuanya amat meminati suaranya yang lunak merdu. Ada juga yang
meminatinya lebih daripada itu.
Dari jauh di satu sudut yang suram, diam seorang
lelaki yang sering bersamanya selama ini, yang telah menghancurkan impian
seorang gadis, juga yang telah membawanya ke lembah kemaksiatan. Siapa lagi,
kalau bukan jejaka yang amat dia sayangi, Abang Mail. Lantas kenangan itu datang kembali menerjah mindanya.
Pertama kali dia menjejakkan kakinya ke Kuala
Lumpur. Dia di tempatkan di sebuah hotel mewah. Tersentap tangkai hatinya, kehairanan kenapa dia berada di situ.
Namun kerana terlalu percayakan Abang Mail, dia turutkan sahaja.
“Ayu, dalam beg ni ada baju. Pakai ye, malam ni
abang bawa Ayu jumpa bos abang.”
“Abang Mail, nak pegi mana. Kerja apa malam-malam
ni?” soal Ayu. Tangannya mengeluarkan isi kandungan di dalam beg itu. Saat
sorotan matanya melabuh, melopong mulutnya. Menggeleng lantas terduduk di
sebelah jejaka yang begitu asyik memandangnya. “Abang, gila apa nak suruh Ayu
pakai baju macam ni?” soalnya sambil menunjukkan baju yang masih lagi di dalam
genggamannya. Lantas membalingnya ke pangkuan jejaka itu.
"Ayu, Ayu kata nak kerja kan. Abang nak bawa Ayu pergi kerjalah ni. Dah, pakai cepat!" arah Abang Mail. Matanya mencerlung memandang Ayu.
"Tapi... Abang Mail, kerja apa malam-malam ni? Lepas tu nak suruh Ayu pakai baju macam ni, macam tak cukup kain..." balas Ayu. Masih lagi berdiri menghadap Abang Mail.
"Ayu, Ayu kata nak kerja kan. Abang nak bawa Ayu pergi kerjalah ni. Dah, pakai cepat!" arah Abang Mail. Matanya mencerlung memandang Ayu.
"Tapi... Abang Mail, kerja apa malam-malam ni? Lepas tu nak suruh Ayu pakai baju macam ni, macam tak cukup kain..." balas Ayu. Masih lagi berdiri menghadap Abang Mail.
“Kau kata nak kerjakan, jadi ikut aja apa yang aku
suruh! Kau dengar tak?” jerit Abang Mail tiba-tiba. Berubah rona wajah Ayu. Daripada senyum manis bertukar pucat lesi. "Cepatlah!" jerkah Abang Mail lagi. Terkocoh-kocoh Ayu menuju ke bilik air, menukar baju. "Jangan lupa, gincu sikit bibir tu, bedak sikit muka tu," arah Abang Mail dari luar.
Dalam kereta Abang Mail, Ayu keresahan. Sudahlah
baju yang dipakainya itu mencolok mata.
Dia sendiri tidak sanggup melihat dirinya sendiri, apatah lagi orang lain yang
melihat keadaan tubuhnya. Namun apakan daya, arahan Abang Mail membuat dirinya
kecut perut. Ayu tunduk ketakutan. Dia menelan liur berkali-kali.
Kereta
jejaka kesayangan berhenti di hadapan sebuah bangunan.
Tercangak-cangak dia memerhati di
sekelilingnya. Lantas matanya terpandang papan tanda yang bertulis Kelab
Dangdut Kiambang, Jalan Dewan Sultan Sulaiman. `Hah! Dia tipu aku,’ desah
hatinya. Dia pejam matanya. Terbayang wajah emaknya.
Pintu kereta dibuka, wajah Abang Mail masam mencuka.
“Eh! Keluarlah,” arahnya. “Eh, aku cakap keluar, keluarlah! Kau nak aku tarik
tangan kau lagi!” jerkah Abang Mail.
Ayu yang mendengar jerkahan itu terpisat-pisat
keluar dari perut kereta. Seram sejuk tubuhnya tiba-tiba. Dalam hati tidak lepas-lepas memanggil emaknya. Abang Mail
terus menarik tangannya. Dia merentap tangannya kembali, tetapi pengangan tangan Abang
Mail begitu kuat. Sekali lagi dia cuba
merentap tangannya, tetapi tidak mampu melawan tenaga daripada seorang lelaki.
Akhirnya dia hanya mampu berdiri lemah di sisi Abang Mail. Lantas perlahan-lahan dia membontoti rentak kaki Abang Mail.
Dia melihat di sekelilingnya. Begitu ramai manusia
tidak kira muda mahupun yang sudah berumur. Terkinja-kinja mengikut alunan
muzik. Tangannya masih lagi digenggam erat, sehinggalah mereka bertemu dengan
sekelompok pemuda.
“Mail, mana you pergi. Lama tak nampak?” tegur pemuda bermata sepet yang
berada di dalam kelompok itu.
“Ada hal sikit la, Vincent,” balas Abang Mail.
“Mail, ini siapa. Cantik,” puji pemuda tadi yang
bernama Vincent. “Mana you dapat ini amoi, wah… banyak pandai arr you sekarang.
Dia punya badan pun manyak `solid’. Ini kali, berapa you mau gua bayar sama lu,
Mail?” tegurnya pemuda itu lagi. Mata sepetnya begitu galak memerhatikan tubuh Ayu.
Dalam masa yang sama, Ayu menarik-narik skirt pendek yang dipakainya.
“Oooo, ini kali gua
tak mau jual sama lu, tapi kali ini gua mau dia kerja sama lu, dia milik gua dan lu jangan kacau
sama dia. Boleh? Gua sudah banyak
tolong lu maaaaa,” balas Abang Mail
sambil menarik Ayu rapat ke dalam pelukannya.
“Wahhh, Mail, okay.
Kalau lu mau itu macam, tapi
kita ada satu syarat ooo… dia punya `servis income’ kita kasi sama rata. Kalau you setuju itu macam… okay, gua set” balas cina itu sambil
menepuk-nepuk bahu Abang Mail.
Mail menyeringai sehingga menampakan barisan giginya yang
kekuningan sambil sebelah tangannya memeluk Ayu dengan rakus. Keputusan telah
pun termeterai dan malam itu, Ayu menjadi mangsa kepada jejaka pujaannya selama ini.
Jejaka yang dia cintai dalam diam, jejaka yang selama ini dia sanjungi dan
hormati. 'Mail… kau sial! Kau jahanam Mail! Aku benci kau!!!’ jeritnya ke
arah lelaki yang dia panggil abang selama ini.
Malam kedua dia mula berkerja. Dia cuba mengintai-ngintai peluang untuk
melarikan diri. Dia berjaya menemui satu jalan di belakang hujung tandas. Namun saat dia ingin meloloskan dirinya di celahan papan yang berteraburan, orang suruhan Vincent terlebih dahulu mengidu perbuatannya. Dia berjaya, namun kejayaannya tidak sampai ke mana. Orang-orang suruhan
Vincent sempat menangkapnya dan dibawa bertemu Vincent. Sekali lagi tubuh Ayu
dijadikan santapan mereka. Hanya deraian air mata yang mengalir saat itu. Wajah emaknya
serta-merta menerpa di pandangannya yang semakin kabur dan kelam.
Semenjak kejadian malam itu, dia tidak lagi berani
untuk melarikan diri. Arahan demi arahan daripada Mail, dia turuti tanpa
sedikit pun membantah. Semakin lama, Ayu semakin lali dengan pekerjaan itu.
Malah wang saku dan tip yang dia dapati dari pelanggan telah mengaburi matanya.
Dari satu tangan ke satu tangan, tubuhnya dalam dakapan mereka. Segala jenis
minuman semuanya dia teguk, yang penting baginya kini wang kertas berwarna ungu
mesti berada dalam gengamannya.
Dia semakin bijak melayan pelanggannya dan mereka pula semakin menyukai layanan
daripada dirinya. Malah dia juga tidak lagi dikongkong oleh Mail. Kawan
baiknya, Vincent pun tidak lagi menganggunya. Dia bebas melakukan apa saja
kini. Tambahan pula Mail sudah pun mendapat pucuk muda yang lebih menarik
dengan lenggoknya yang menggoda. Dia
pula semakin hanyut dalam kemewahan dan lupa pada janjinya. Janji seorang anak
untuk emaknya yang sentiasa menanti dan terus menanti kepulangannya.
*******
Dari jauh kedengaran sayup suara azan subuh berkumandang. Ayu menarik selimutnya, mengiring memeluk bantal. Terasa ada tangan yang menepuk bahunya berulang kali.
"Ayu, bangun sayang. Solat subuh, Ayu. Ayu, Ayu..."panggil suara berulang kali. "Ayu, bangun sayang... . Ayu tak kesian tengok mak. Tak kesian kat arwah abah, Ayu..." kata suara itu lagi.
Ayu tersedar, meliar matanya memandang sekeliling. `Mak! Ya ALLAH, dah pukul berapa ni?' soal Ayu, lantas bangun dari pembaringan. Melorot kain selimutnya. Ayu berjalan ke tingkap. Diselaknya kain langsir. Terasa cahaya matahari meraba wajahnya. Menyentuh kulitnya, perit. Segera dilepaskan kembali kain langsir. Ayu kembali ke sisi katil, duduk dan menunduk wajahnya. Seketika, kedua-dua tangannya meraup wajahnya. `Mak... Ayu rindu sangat, Ayu nak balik mak. Ayu nak balik!' jeritnya dalam hati.
Dari jauh kedengaran sayup suara azan subuh berkumandang. Ayu menarik selimutnya, mengiring memeluk bantal. Terasa ada tangan yang menepuk bahunya berulang kali.
"Ayu, bangun sayang. Solat subuh, Ayu. Ayu, Ayu..."panggil suara berulang kali. "Ayu, bangun sayang... . Ayu tak kesian tengok mak. Tak kesian kat arwah abah, Ayu..." kata suara itu lagi.
Ayu tersedar, meliar matanya memandang sekeliling. `Mak! Ya ALLAH, dah pukul berapa ni?' soal Ayu, lantas bangun dari pembaringan. Melorot kain selimutnya. Ayu berjalan ke tingkap. Diselaknya kain langsir. Terasa cahaya matahari meraba wajahnya. Menyentuh kulitnya, perit. Segera dilepaskan kembali kain langsir. Ayu kembali ke sisi katil, duduk dan menunduk wajahnya. Seketika, kedua-dua tangannya meraup wajahnya. `Mak... Ayu rindu sangat, Ayu nak balik mak. Ayu nak balik!' jeritnya dalam hati.
Rumah teres tiga bilik itu direnungnya.
Tempat tinggal dia dan juga rakan-rakannya begitu sunyi tika ini. Masing-masing
sudah ke tempat kerja, yang tinggal hanya dirinya. Akhir-akhir ini dia merasai
kelainan kepada dirinya, lemah dan sentiasa tidak bermaya. Malah dia juga
sering bermimpi, didatangi seorang lelaki tua menghampirinya sambil di tangan
lelaki tua itu ada sepasang kain telukung dan senaskah Al-Quran, menghulur ke
arahnya. Ingin disambut tetapi terhalang dengan julungan api yang menjulang
tinggi. Saban malam mimpi itu semakin kerap mengganggu tidurnya. Dia kebinggungan, dan pada siapa harus
dikongsikan cerita ini.
“Mail, aku nak sambung cuti sehari dua lagi. Aku
tak sihatlah. Nak pergi klinik pulak?” pintanya di hujung
talian.
“Okaylah, nanti aku cakap kat Vincent. Kau rehat
saja kat rumah. Kalau perlu apa-apa bantuan, jangan lupa telefon aku, tau!”
balas Mail.
Talian terus dimatikan. Mungkin sibuk dengan
tugasnya atau mungkin sibuk dengan gadis-gadis montok, berkulit putih gebu,
kegilaan ramai jejaka di kelab itu.
Seluar jeans lusuh,
dikenakan dengan blaus labuh begitu bergaya di pandangannya, dicalit sedikit
gincu merah ke bibirnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia lantas
keluar. Pintu keretanya dibuka dan menghidupkan enjin keretanya. Seketika
kemudian deruan engin keteranya meluncur laju menuju ke klinik yang berdekatan
dengan rumahnya.
Klinik Bandaraya,
klinik yang sering dia kunjungi kala sakit peningnya. Setelah pendaftaran
dibuat, dia menanti dengan penuh sabar sehingga namanya dipanggil.
“Ayu Kirana Ahmad” terdengar namanya di panggil, dan segera dia
berjalan ke arah gadis yang berbaju
serba putih sedang menantinya dengan senyuman. “Duduk sana ye kak,” kata gadis
itu lagi.
Perasannya berdebar saat doktor muda di hadapannya menegur, “Ya, sakit
apa cik” tanya doktor lelaki itu. Lama, dia perhati wajah doktor itu. Daripada
wajah hinggalah ke tanda nama doktor itu. “Cik, sakit apa. Boleh saya tahu?”
sekali lagi doktor itu bertanya.
"Isk, doktor ni, tanya aku sakit apa? Kalau aku tahu, aku sakit apa. Buat apa aku datang jumpa kau, doktor?" ngomel Aayu dalam hati.
"Ayu, Cik Ayu..."
"Isk, doktor ni, tanya aku sakit apa? Kalau aku tahu, aku sakit apa. Buat apa aku datang jumpa kau, doktor?" ngomel Aayu dalam hati.
"Ayu, Cik Ayu..."
Dia tersentak. Dalam debar dia menceritakan segalanya. Terangguk-angguk doktor muda itu. Doktor muda itu
melemparkan senyuman sambil menyuruh Ayu melakukan ujian air kencing bagi
memudahkan penyakitnya di kesan. Tanpa membuang masa, dia melakukan tanpa rasa wasangka di dalam dirinya.
“Emmm, tahniah puan, puan
disahkan mengandung. Bila kali terakhir puan uzur?"
Ayu yang mendengar khabar berita daripada doktor itu terkedu tanpa
kata. Tiada sedikit pun riak gembira di wajahnya.
“Puan, puan… ada masalah ke?” tanya doktor muda itu sekali lagi.
“Oh… maaf doktor, kali terakhir 25 hb Januari, ya… itulah tharikhnya,”
balasnya.
Ayu
segera meninggalkan Klinik Bandaraya itu dengan penuh tanda tanya, dalam
fikirannya masih memikirkan setiap kata-kata doktor muda itu. Mana mungkin ini
terjadi, tak mungkin. `setiap hari aku makan ubat yang dibeli di farmasi, tak
mungkin’ bisik nya dalam hati sambil dia berjalan menuju ke keretanya. Sesekali
dia mendengus dan menggeleng.
Perlukah dia memberitahu kepada Mail, apakah dia mahu
bertanggungjawab dan apakah dia percaya yang anak di dalam kandungannya ini
anaknya?
Dia leka, kepalanya sarat dengan berita yang diterimanya. Percaya
dengan tidak. Hakikat yang dia harus terima, dan anak siapa pula di dalam
kandungannya. Apakah anak Mail? Sanggupkah Mail menikahinya?
Sanggupkah Vincent membenarkan dia bekerja di situ dengan keadaan perutnya yang
memboyot? Dia memikirnya tanpa sedar bahaya di sekeliling persekitarannya.
Semasa dia melintasi jalan untuk menuju ke keretanya, dia tidak sedar, sebuah kereta yang meluncur laju sedang menuju ke arahnya dan satu bunyi yang
kuat kedengaran. ` BOOMM’.
*********
Lot 124, Kampung Durian Daun, Rembau. Negeri Sembilan. Polis itu memerhatikan alamat yang tertera di
kad pengenalan dan juga di peti surat di hadapan rumahnya yang sunyi sepi.
“Assalamualaikum!”
jerit salah seorang anggota polis itu.
“Terkocoh-kocoh
seorang perempuan tua keluar dari dalam rumah dengan sekeping gambar yang
berada di tangannya, sambil memandang ke arah anggota polis itu dengan
pandangan kehairanan.”
“Maaf ya mak cik. Nama
mak cik ni Saodah binti Kassim?” tanya salah seorang anggota polis itu.
“ Ye nak, kenapa ni.
Ada apa? Tanya Mak cik Saodah penuh curiga.
“Mak cik kenal Ayu
Kirana binti Ahmad?”
Mak cik Soadah tidak
menjawab soalan polis itu. Dia cuma
mengiyakan sahaja. Mana mungkin dia lupa pada anak gadisnya yang amat
dirinduinya.
“Kalau begitu sila
ikut kami segera ke hospital, kerana anak mak cik perlukan mak cik sekarang”
“Kenapa dengan dia,
apa dah jadi padanya?" soal Saodah. Tanpa menunggu jawapan dari anggota polis itu, dia segera ke dapur, kain selendang dicapai, kemudian menutupi rambutnya yang keputihan. Lalu
mengikut polis yang seramai tiga orang itu menuju ke kereta. Kereta pacuan empat roda itu segera
meninggalkan rumah Saodah menuju ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
“Mana anak saya doktor, mana?” laung
Mak cik Saodah.
Mai, kebetulan berada di situ segera menghampiri Mak cik Saodah dan mententeramkan diri Mak cik Saodah. Kala matanya tertumpah kepada Mail,
terus-terusan dia menanyakan apa yang berlaku sebenarnya. Tiada kata yang dapat
Mail rungkaikan, hanya gelenggan tanda dia sendiri tidak tahu. Malah dia juga
terkejut dengan berita yang dia terima melalui panggilan telefon bimbitnya.
Kata polis, nombor dia yang terakhir digunakan oleh Ayu.
Seketika kemudian keluar seorang
lelaki berbaju biru dari bilik kecemasan. Belum sempat dia membuka mulutnya untuk bertanya
siapakah waris terdekat kepada mangsa. Mak cik Saodah terlebih dahulu meluru mendapatkan lelaki
itu.
“Doktor, anak saya… macam mana
keadaannya?” tanya Mak cik Saodah sambil menyeka air matanya dengan kain kecil
yang berada di dalam gengamannya.
“Anak puan masih koma, hentakan yang belaku di bahagian kepalanya menyebabkan
darah beku berlaku dan kami telah melakukan sebaik mungkin. Selebihnya kita
hanya mampu berdoa agar dia selamat. Oh satu lagi, siapa suami dia. Saya perlu berjumpa
dengannya untuk berbicara dengannya sebentar. Tak apa, mak cik boleh masuk ke
dalam sebentar lagi untuk melihat pesakit. Tunggu mereka pindahkan ke wad ICU ya,
mak cik.”
Mak cik Saodah tidak bersuara,
melopong mulutnya kala doktor menanyakan suami anaknya. Siapa? Sedangkan dia
sendiri tidak tahu malah jumpa pun tidak. Dia memandang ke arah Mail, mungkin
Mail mengetahui siapa suami anaknya.
“Mail, kau tahu siapa suami Ayu.
Pergilah cari dia Mail… mungkin kali terakhir,” pinta Mak cik Soadah. Kali ini
tiada lagi air mata yang mengalir di wajah tua itu.
Mail berlalu meninggalkan Mak cik
Saodah. Segera dia mendekatkan dirinya ke sisi doktor dan memperkenalkan dirinya sebagai
suami Ayu. Mak cik Saodah yang berada berhampiran mereka sekali lagi melopong
mulutnya. Lalu di angkat kedua-dua tangannya memohon keampunan buat anaknya.
`Ya
ALLAH, andai ini takdir pengakhiran hidupnya, KAU lapangkanlah kesengsaraannya. Aku ampunkan
dosanya dan kuhalalkan segala makan minumnya selama dia membesar di hadapanku.
Amin’ doa Mak cik Saodah.
“Encik Ismail, maafkan kami kerana
tidak dapat menyelamatkan kandungannya.”
Terlopong
mulutnya dan terkaku tanpa suara. `Ayu, kenapa kau rahsiakan daripada ak,’ bisik Mail.
Mak cik Saodah yang mendengar perkhabaran itu terus terduduk diam di kerusi
sambil mengesat air matanya yang kembali berguguran tanpa henti. `Ya ALLAH
anakku,’
Mereka berdua berjalan menuju ke
bilik yang menempatkan Ayu, menangis Mak cik Saodah melihat keadaan anaknya.
Kepalanya berbalut, kaki dan tangannya juga bersimen. Ayu terbaring kaku. Mail
yang berdiri di sebelah emak Ayu segera merapatkan mukanya ke telinga Ayu
sambil bersuara, "Ayu, maafkan segala
dosa aku terhadap kau. Selama hidup kau, aku menzalimi hidup kau. Aku, aku bersalah Ayu. Maafkan perbuatan aku, Ayu. Kau kuatkan semangat kau. Aku sedia menunggu kau, aku sedia mengahwini kau. Kita bina hidup baru, Ayu. Kau dengar tak? Ayu..." rayu Mail. Tangannya meraba keseluruh wajah Ayu. Mail meratap di sisi Ayu yang terbaring kaku.
Terdengar pintu bilik dikuak. Mail memandang doktor yang merawat Ayu. Mail yang duduk menghadap Ayu perlahan-lahan bangun. Longlai tubuhnya saat matanya terpaku melihat dua orang anggota polis di sebelah doktor itu.
"Encik Ismail, maaf encik. Encik terpaksa kami tahan untuk siasatan," terang salah seorang anggota polis itu.
Emak Ayu yang melihat situasi itu, hairan dan mula menyuara kegusaran di hatinya kepada anggota polis yang berdiri di sebelahnya. "Tuan, boleh saya tahu... apa masalah sebenarnya. Kenapa menantu saya ditahan?"
Terdengar pintu bilik dikuak. Mail memandang doktor yang merawat Ayu. Mail yang duduk menghadap Ayu perlahan-lahan bangun. Longlai tubuhnya saat matanya terpaku melihat dua orang anggota polis di sebelah doktor itu.
"Encik Ismail, maaf encik. Encik terpaksa kami tahan untuk siasatan," terang salah seorang anggota polis itu.
Emak Ayu yang melihat situasi itu, hairan dan mula menyuara kegusaran di hatinya kepada anggota polis yang berdiri di sebelahnya. "Tuan, boleh saya tahu... apa masalah sebenarnya. Kenapa menantu saya ditahan?"
"Kami terpaksa menahannya mak cik. Pihak kami mengesaki Encik Ismail terlibat di dalam jenayah memperdagangkan manusia," balas anggota polis itu. Melopong emak Ayu. Terkelip-kelip matanya memandang menantunya. Hendak menjerit memarahi pun tidak berguna lagi.
Mail menyerah diri. Sebelum keluar dari bilik itu, dia menghampiri emak Ayu. "Mak cik, Mail minta maaf. Ampunkan salah-silap Mail. Mak cik tolong jaya Ayu. Kalau dia sedar, sampaikan salam saya dan pesankan kepadanya, saya akan kembali," pinta Mail sebelum dirinya ditolak keluar oleh anggota polis itu.
Di dalam bilik tahanan. `Ya ALLAH,
sesungguhnya KAU lebih mengetahui, ampunkanlah kesilapannya dan ringgankanlah
kesakitan yang ditanggung olehnya. Ya ALLAH, ampunkan juga dosanya dan ampunkan juga
segala dosa-dosaku. Amin.'
tangisan Mail memecah kesunyian malam.
MENGHINDARI
KESESATAN ~ ALI-IMRAN 8:
RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KARUNIA)”.
RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KARUNIA)”.
kenapa tulisan beza2
BalasPadam