BAB 8.
“Tak apalah, korang jelah yang pergi…” balas Amir serta merta meminta diri untuk ke tempat lain. Dira melihat dengan wajah yang mencuka.
“Dayah! Buat apa Amir datang sini. Dia ada usik apa-apa tak?” soal Aizat. Pertanyaan Aizat itu membuatkan Nazrul tercengang-cengang kebingungan.
“Ala… tak ada apalah,” balas Dayah sambil menarik tangan Dira supaya mengikutnya segera ke gerai Pak cik Harun.
Dira, Aizat, Hidayah dan Nazrul duduk di gerai Pak cik Harun sambil menikmati `ais kacang’ ketawa riang dengan kemenangan yang mereka perolehi. Berceloteh dan bergurau hingga menjadi tumpuan orang yang berada di dalam kedai Pak Harun.
“Amboi hangpa ni, seronok sakan pak cik tengok? Cuba cerita sedikit, manalah tahu pak cik boleh kongsi bersama gelak suka hati?” seloroh Pak cik Harun lagi.
“Gini pak cik, kan sekolah kami adakan pertandingan drama antara sekolah. Kali ini kami bawakan cerita berunsur muzikal pak cik. Pertama kali tau pak cik? Tak sangka pulak boleh menang,” terang Aizat bersungguh-sungguh.
“Oh, ya ka. Baguslah. Sekolah `hangpa’ memang selalu menang. Dari dulu lagi. Tu pelakon tu…dengan siapa lagi sorang tu… pelakon lelaki. Dia pun dari sekolah ni..lah,” balas Pak cik Harun lagi.
“Saya tau pak cik.” Dira mengangkat tangan. Wajahnya riang. “siapa tu…siapa tu…alah…lupa pulak!” Gelagat Dira membuatkan sahabat yang bertiga itu memburaikan ketawa. Aizat lagilah. Sehingga menekan-nekan perut. Dira menarik muka empat belas.
“Sudahlah macam ni, Dira nak balik ajelah. Aizat! Kau tolong bayarkan ais kacang aku ni,” arahnya kemudian bangun dan mencapai beg sandangnya dan menepis Aizat supaya memberi laluan.
Aizat yang terkejut segera menarik beg sandang Dira. Dira yang tidak dapat mengimbangi tubuh badannya terus jatuh ke tanah. Dayah, Nazrul dan Aizat yang menyaksikan adegan itu terus ketawa mengekek.
Dira yang masih lagi terduduk di tanah, menatap wajah `Jebat’nya dengan wajah masam mencuka. Matanya mula kemerahan dan berair, bukan kerana sakit akibat jatuh. Tapi sakit hati kerana sikap Aizat. Aizat yang masih lagi ketawa terdiam seketika ketika melihat mata Dira sudah bergenang dengan air mata. Dengan rasa bersalah dia menghulurkan tangannya. Namun tidak dipedulikan, malah Dira menyambut tangan Dayah lalu duduk di sebelah Dayah. Nazrul pula terus bangun dan duduk di sebelah Aizat.
“Dira, maafkan aku. Aku tak ada niat nak buat kau jatuh. Aku tak mahu kau balik aja, ” terang Aizat.
“Ya lah Dira, aku tahu Aizat tak sengaja tu. Dahlah, jangan monyok. Buat malu aku je,” balas Dayah.
“Alaaa, Dira ni. Kami bukan ketawalah, tapi kami hairan… macam mana kau boleh kenal artis-artis tu,” sampuk Nazrul pula.
“Ngee, kan Dira dah cakap tadi,” balas Dira. Dira yang ingin bangun tiba-tiba terlanggar sudu yang berada di dalam mangkuk `ais kacang’ dan tidak disangka pula sudu itu terpelanting dan kena ke muka Aizat.
Dira terlopong melihat muka Aizat yang penuh dengan ais batu yang bercampur sirap dan susu. Nazrul dan Dayah yang menyaksikan adengan itu sekali lagi ketawa tak henti. Dira juga turut sama tergelak. Aizat yang melihat ketawa Dira mulai tersenyum. `Emmm, macam tu lah, aku suka kalau dia ketawa begini,’ bersahaja Aizat berbisik dalam hatinya.
“Aizat, pergilah cuci muka kau tu, ni lagi sorang buat malu lelaki macho macam aku je,” sindir Nazrul.
Aizat tanpa lengah terus bangun dan menuju ke tandas. Selang beberapa minit dia kembali semula dengan muka yang penuh dengan air. Dira lantas menghulurkan tisu, namun tidak disambut oleh Aizat dan Dira pula dengan spontan terus menyapu muka Aizat dengan tisu tadi. Nazrul dan Dayah yang menyaksikan adegan itu terus mengusik.
“Ahhhh, macam tulah. Barulah orang kata pasangan bahagia. Saling bantu membantu dan saling sayang menyayangi,” nasihat Dayah. Nazrul terus menepuk kedua-dua tangannya tanda setuju. Menyedari keterlanjurannya menampakkan mesra, Dira menghentikan perbuatannya. Aizat pula tersipu-sipu.
“Aizat, lepas ni… sementara menunggu keputusan STPM kita, kau buat apa? Aku ingat nak kerjalah.” Nazrul tiba-tiba bersuara sambil menyuap ais kacang yang masih berbaki sedikit sahaja.
Soalan Nazrul dijawab serentak oleh Hidayah dan Dira. “Kami tak kerja, kami duduk rumah sahaja.”
“Ya lah… korang anak dara. Tunggu orang masuk meminang je,” balas Aizat tersenyum mengenakan Dira. Lantas Dira menyigung bahu Aizat dengan tangannya. Ketawa Nazrul dan Hidayah.
“Korang berdua ni… memang sesuai tau, jadi pasangan. Tampak bahagia gitu,” beritahu Hidayah.
“Ngee… tak kuasa aku,” balas Dira lagi.
“Kalau dia lagi tak kuasa. Aku tambah lagi jadi kuasa dua,” balas Aizat sambil ketawa bersama teman baiknya. Tak kiralah ketika berlakon atau ketika bermain bola. Mereka berdua di sekolah lebih dikenali pasang kembar. Di mana ada Aizat, di situlah kelibat Nazrul kelihatan. Ketawa yang semakin rancak terhenti tatkala mata Aizat beradu mata bersama Dira secara tidak sengaja.
“Kau belanja ke, Nazrul?” soal Dayah tiba-tiba hingga terkejut Dira dan Aizat. Lantas ketawa geli hati Dayah melihat mereka seperti orang melihat hantu di hadapan mereka. Pucat wajah Dira. Nazrul memalingkan wajah sambil mengangguk senyum. Lantas mengambil begnya di tangan Hidayah. Mereka berpecah di kedai Pak cik Harun. Berjanji akan bertemu kembali.
“Ingat! Sejauh mana pun kita melangkah, persahabatan ini tidak akan terputus begitu saja,” lirih suara Dira meluahkan perasaan. Meraka berempat saling berpandangan dan saling mengangguk tanda setuju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan